Saturday, May 08, 2010

4 Hari Di Wad Psikiatrik




Semua orang mampu untuk mendapat hak untuk menginap di wad psikiatrik secara percuma!

Jangan mendabik dada, hari ini, anda sebagai orang yang normal, kerana tidak mustahil anda akan menjadi ahli wad ini pada hari esok.

Kenapa?

Kerana masalah mental ialah suatu yang complicated untuk dijelaskan, tetapi ia suatu yang menarik untuk dikaji. Apa yang berlaku, sebenarnya orang normal juga punyai nya. Maksud saya, contohnya Bipolar Disorder. Bila kita stress, perangai kita akan berubah. Dan bila kita tidak stress, perangai kita akan berubah. Ya, ini suatu yang normal!



Tetapi ia menjadi sesuatu yang tidak normal jika perangai anda di kala stress atau tidak stress berlebih-lebihan daripada orang biasa.

Sama juga dengan schizophrenia. Terdengar-dengar suara orang bercakap dgn diri kita. Atau ternampak-nampak sesuatu yang orang normal tidak nampak. Bagi orang normal, pernahkah anda terdengar suara hati anda berbicara? Pernahkah anda terbayang-bayang apa yang anda ingin bayangkan? Ya, itu pengenalan kepada schizo. Tetapi bagi pesakit mental, apa yang nampak, apa yang didengari, melebihi tahap manusia normal.



Ini bermakna, setiap daripada kita berpotensi mendapat masalah mental.

Tetapi, jika kita pandai menurus otak, insyAllah, kita masih boleh bersama di kalangan manusia normal.

Mengurus otak

Setiap orang mesti punyai stress. Cuma, cara menguruskan stress sahaja yang berbeza. Ada yang minum arak, ambil dadah, merayau hingga ke pagi untuk hilangkan stress. Dan melalui itulah anda mudah dijangkiti virus sakit mental sebenarnya. Jika cara mengurus stress salah, maka ia akan timbulkan masalah lain. Hanya diri kita yang mampu ketahui apakah cara terbaik utk diri kita dan masa hadapan kita. Yang penting, konsepnya, bila stress, tenangkan diri. Tenangkan diri.

Dan Allah telah berjanji
"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."

Kembalilah kepadaNya jika punyai masalah...dan jangan ambil jalan lain yang akan merosakkan diri sendiri.

~Open Your Eyes~

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...