Sunday, May 09, 2010

Surat Untuk Mak

sekadar gambar hiasan

Salam mak...

Pertamanya, adik tahu, mak x boleh membaca. Tapi adik mahu tulis juga coretan ini buat mak.

Mak,
Adik teringat masa adik sekolah menengah dulu. Adik ade beli kad Selamat Hari Ibu untuk mak. Kire nak buat surprise la ni kat mak. Adik letak kad tu bawah bantal mak. Adik siap tulis tulisan jawi lagi...dengan harapan mak akan baca kad tu. Huhu.

Last2, mak jumpa kad tu, mak tak bukak pon. Mak bagi balik kat adik. Mak kate, adik tertinggal barang ni...Huhu...so sweet la mak ni =)

Lepas drp tu, adik tak beli dah kad. Bagi adik, hari utk mak bukanlah hari ahad minggu kedua setiap bulan Mei sahaja. Hari untuk mak ialah setiap hari. Dan ucapan buat mak bukanlah hanya atas kad, tp setiap kali lepas solat dan setiap kali berbicara dgn mak =)

Mak, seperti mana ayah, adik turut sentiasa mendoakan kebahagiaan mak.
Hari ini, mak bersendirian tanpa ayah.
Adik tahu, mak sedih..

Mak, adik doakan mak kuat semangat..
Adik doakan mak sempat meraikan kejayaan adik dalam pelajaran, melihat adik bekerja dan berkahwin...
Kerana, adik pun cukup sedih sebab ayah tak sempat tgk apa yang selalu ayah impikan ttg adik...

Mak, adik sayang mak.
Setiap saat...
~Open Your Eyes~

3 comments:

BiNtUQaMaR~ said...

waa...tersentuhnya...

rindu mak saya..huhu~ :(

Anonymous said...

huda :
i'm crying...
moga sempat lihat...
and tengok cucu 'adik'
amiiin..

蚵仔麵線Jeff said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...