Tuesday, May 05, 2009

Eat Right for Your Type


Konsep "Eat Right For Your Type" ialah berdasarkan research yg dibuat oleh Peter D'Adamo

Type A: dinasihatkan makan buahan dan sayur (tinggi carbohidrat/ rendah lemak) kerana adalah lebih tebal berbanding jenis darah lain, immune system yg agak sensitif, dan dinasihatkan kurangkan mengambil dairy products, lemak haiwan dan daging. Darah jenis ini berisiko tinggi mendapat penyakit jantung, diabetes dan kanser.

Type B : dinasihatkan makan makanan yg seimbang (buahan, sayur, bijirin, ikan, hasil tenusu, daging ttp jika boleh, kurangkan ayam). Darah jenis ini mempunyai peluang utk mengatasi penyakit seperti jantung dan kanser.

Type AB: dinasihatkan agar banyakkan sayur dan sesekali makan ikan, daging (tidak termasuk ayam) dan hasil tenusu.

Type O : dinasihatkan makan makanan tinggi protein (daging merah), rendah carbohydrates dan kaya buahan dan sayuran. Jenis ini harus hadkan pengambilan gandum, jagung kekacang dan hasil tenusu. Type O berisiko tinggi mendapat hypothyroidism, ulcer perut.

Sunday, May 03, 2009

Darah dan Diri


copy paste from khai. utk dijadikan sbg arkib simpanan negara:

Apakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
~~saya yang berdarah A+~~

~DARAH 'O ' Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

~DARAH 'A ' Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

~DARAH ' B' Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

~DARAH 'AB ' Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri...
MAHU PERCAYA..terpulanglah!
~Anjeruby~

Saturday, May 02, 2009

Little Mosque on the Prairie


02/05/09

Saya rasa sangat rindu pada Medical Surgical Nursing yg saya tinggalkan di mahallah (hostel). Rindu nak membaca diseases yg pernah sy belajar sblm ini.

Bila buka blog khai, cemburu sy meruap2. Macam gas yg kene cahaya matahari, yg tertutup rapi dlm sebuah tong. Nasib baik x pecah...tp pemejalwapan itu, hanya sy shj yg rasa.Banyaknya buku yg dia beli ketika pesta buku antarabangsa baru2 ini. Teringat betapa air mata sy mengalir ketika sy berseorangan mengunjungi gerai2 buku di PWTC kerana hanya tinggal RM10 dlm purse setelah membeli tiket utk pulang ke Terengganu. Nasib tidak menyebelahi sy krn wang RM500 yg emak bekalkan, sengaja saya tinggalkan di mahallah. Tiada niat utk ke pesta buku antarabangsa itu, ttp ntah mengapa, terjejak juga saya di sana. Maka, pulanglah sy dgn jiwa yg lara..

Broadband ada. Jemari saya mula menaip di engine carian dan saya terjumpa "Little Mosque on the Prairie".

Satu episod rancangan sitcom televisyen NBC Kanada. Rancangan sitcom itu ditonton melalui youtube. "Little Mosque on the Prairei" mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang 'lelaki lembut'. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang 'gay' dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor 'gay' itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar - yang juga seorang wanita - untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita (jika ingatan saya belum pudar).

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.

Pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom "Little Mosque on the Prairie" adalah salah satu usaha untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu, tetapi sy tidak mahu mengulasnya di sini.

Apa yang cuba diketengahkan adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa' - acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat. Ada pihak tidak berpuashati kerana lelaki tidak dibenarkan menyaksikan sukan itu. Hujah mereka kaum kerabat lelaki peserta tidak dapat memberi sokongan moral. Itu jugalah yang dikritik pengarang The Star, Wong Chun Wai yang selalunya sinis dengan apa jua perkembangan di Kelantan.

Jepun menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih - tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan.

Ketua Muslimat Ikhwan Muslimun Pertama


Kekuatan Ikhwan Muslimun khususnya di Mesir tidak hanya bergantung kepada penampilan sayap Pemuda dan Ulama semata-mata, tetapi juga bergantung kepada sejauh mana penglibatan Muslimat dalam sepak terajang politik Mesir yang penuh dengan penipuan, penindasan serta memilih warna kulit dalam kancah politiknya.

Penglibatan Gerakan Akhwat (sayap Muslimat) Ikhwan Muslimun turut mewarnai kancah politik Mesir, yang bukan sahaja menitik-beratkan persoalan yang dihadapi golongan wanita, iaitu membebaskan mereka daripada berpegang teguh kepada ajaran agama Islam kepada berpegang dengan ajaran Islam itu sendiri, ini kerana Mesir tidak terkecuali disenaraikan sebagai sebuah negara yang diancam Barat dengan gerakan pembebasan wanita.

Sesungguhnya anggota Akhwat Gerakan Ikhwan Muslimun amat kental dan sinonim dengan Islam. Mereka mengerahkan seluruh tenaga yang ada bagi memastikan agar wanita Islam di Mesir dibela melalui program yang boleh menyelamatkan akidah mereka daripada terjerumus dalam kancah penentangan terhadap hukum-hukum Allah SWT seperti bebas bergaul dengan lelaki tanpa mengambil kira batas-batas yang diharamkan, mendedahkan aurat sebagai bukti menuju kejayaan dan bermacam-macam elemen lain yang melayakkan mereka menjadi ahli neraka.

Antara tokoh wanita yang dimaksudkan berjaya memimpin golongan sejenis dengannya ialah Labibah Ahmad, yang merupakan Ketua Akhwat Muslimat pertama yang juga sayap wanita Gerakan Ikhwan Muslimun yang dikenali sebagai cukup kental dengan pendirian terhadap agama Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Ikhwan Muslimun.

Penglibatan Labibah dalam Ikhwan Muslimun

Labibah satu nama besar dalam memimpin sayap wanita Ikhwan atau lebih dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Beliau dilahirkan pada 1292H/1875M di Kaherah dari sebuah keluarga mulia yang menitik-beratkan pendidikan agama, belajar di peringkat rendah di tangan ahli keluarganya yang berpendidikan agama dengan memulakan belajar bahasa Arab dan beberapa ilmu asas agama seperti Sirah Nabi Muhammad s.a.w., ilmu sastera, syari'at Islam dan lain-lain.

Dalam peringkat menengah pula, keluarga Labibah menghantarnya ke sebuah sekolah yang mengajar mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah hingga mampu menguasai semua subjek agama dengan baik serta mencapai pengetahuan luar biasa kerana penguasaannya yang disifatkan sebagai pelajar terbaik ketika itu.

Selepas menamatkan pengajian peringkat menengah, Labibah menulis bahan-bahan rencana berbentuk Islam kepada beberapa akhbar tempatan untuk disiarkan dengan menggunakan pelbagai nama pena bagi mengaburi pihak berkuasa. Kebanyakan tulisannya berbaur seruan kepada wanita untuk bangkit menyatakan hak mereka yang diabaikan oleh pihak berkuasa.

Mula menggerakkan wanita di negaranya apabila menganjurkan satu revolusi kebangsaan pada 16 Mac 1919 bersama Huda Sya'rawi dan Nabawiyyah Musa (aktivis pembebasan wanita terkenal di seluruh Mesir dengan kelantangan suara mereka menyatakan hak kaum wanita) menghadapi penjajah Inggeris yang menyekat revolusi berkenaan. Revolusi kebangsaan itu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar seluruh dunia apabila menyatakan bahawa wanita Mesir bangkit melawan Inggeris yang mengehadkan pergerakan dan hak wanita. Revolusi itu diperkuatkan dengan penyertaan tokoh-tokoh pejuang kebangsaan Mesir ketika itu seperti Qadim Amin, Sa'ad Zaghlul dan Mahmud Samy al-Barudi.

Pada 1923, Huda Sya'rawi mengasaskan Kesatuan Wanita yang masih dilihat oleh Labibah hanya terbatas pada perkara-perkara pokok sahaja. Justeru, beliau mengasaskan pula 'Pertubuhan Kebangkitan Wanita-wanita Mesir', ia meliputi aspek akhlak, kemasyarakatan, keagamaan yang bersandarkan kepada hukum Syariat Islam yang tidak dibuat atau diperkenalkan oleh Huda Sya'rawi.

Pertubuhan yang diasaskan oleh Labibah itu turut menyediakan program ilmu yang memacu wanita untuk menjadi golongan terpelajar dalam apa jua bidang yang diceburi mereka, terutama golongan pekerja kedua-dua sektor kerajaan dan swasta bagi memastikan produk Mesir dalam dihasilkan dengan jayanya.

Tidak cukup dengan itu, Labibah menerbitkan sebuah majalah melalui pertubuhan yang diasaskan, yang dikenali dengan 'Majalah Kebangkitan Wanita' yang beroperasi selama 20 tahun sehingga permitnya dihentikan oleh pihak berkuasa atas sebab-sebab tertentu pada 1942. Majalah itu mendapat sambutan menggalakkan kerana beberapa rencana yang termuat di dalamnya ditulis oleh tokoh-tokoh pemikir Islam termemuka seperti Syakib Arsalan, ar-Rafi'ie, Farid Wajdi serta Muhibuddin al-Khatib.

Hasan al-Banna dapat hidu ketangkasan Labibah

Ketangkasan kepimpinan Labibah dihidu oleh pengasas Ikhwan Muslimun, Imam Syahid Hasan al-Banna apabila Almarhum membuka sayap wanitanya yang dikenali sebagai Akhwat Muslimat. Imam Hasan mempelawa Labibah untuk mengisi jawatan ketua sayap berkenaan pada 1948, setahun sebelum kewafatan Imam Syahid yang ditembak mati, Labibah menerima pelawaan itu dan mejadi Ketua Akhwat pertama.

Labibah menerajui sayap Akhwat berkenaan selama 10 tahun, akhirnya beliau terpaksa melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada pelapis selepasnya. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidup dengan membaca kitab-kitab agama khususnya yang berkaitan dengan Syari'at Islam. Labibah meninggal dunia pada usia 80 tahun iaitu pada 1955M/1385H di pangkuan keluarga tercinta. - lanh

Sumber: www.ikhwanonline.com, http://ar.wikipedia.org _

Friday, May 01, 2009

Cucuk Anak Itu...


Alhamdulillah, mak dan ayah sudah discharge dr wad. Bolehlah menghimpun daya di rumah. Isnin ini, bolehlah saya memulakan tugas saya di Klinik Kesihatan Balok, Kuantan, Pahang. Bayi mana yg akan menjadi mangsa saya...kita lihat dan tunggu.

Tugas saya ialah membuat physical examination bayi. Dan juga inject vaccine, atau dalam bahasa kampung "cucuk"..

Imunisasi ni ialah proses memberi vaksin kepada bayi. Tujuannya untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Penggunaan vaksin di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

No

Penyakit

Produk vaksin

Cara vaksin di beri

1

Tuberculosis

Bakterium yang dilemahkan (BCG)

Di bawah kulit lengan

2


3

4



5

Diphtheria


Tetanus

Pertussis (Batuk kokol)


Haemophilus influenzae type b

Toksin bakteria yang diubahsuai (D)


Toksin bakteria yang diubahsuai (T)

Komponen bakteria (Hib) #

DTWP (kombinasi vaksin), Hip + Hepatitis B + Difteria + Tetanus + Pertussis. Diberikan melalui suntikan di peha.

6

Hepatitis B

Kompenan virus (Hep B)

Melalui suntikan di otot peha

7

Polio

Virus yang dilemahkan (OPV)

Diberi melalui mulut

8


9


10

Beguk


Campak


Rubella

Virus yang dilemahkan (M)

Virus yang dilemahkan (M)

Virus yang dilemahkan (R)

Melalui suntikan di otot peha


Nota:

  1. Semua penyakit di atas boleh berjangkit dari seseorang kepada seseorang kecuali Tetanus (dimana ia disebabkan luka di badan akibat pencemaran oleh tanah yang mengandungi bakteria)
  2. #-wP - vaksin digunakan kesemua sel Pertusis
  3. Vaksin berikut boleh didapati di klinik swasta :
    • aP acellular Pertussis yang diperbuat daripada kompenan bakteria
    • Varicella (demam cacar air)
    • Influenzae
    • Hepatitis A
    • Demam taifod

Jadual Imunisasi

Vaksin

Usia ( Bulan )

Sekolah

Lahir

1

2

3

5

6

12

18

Tahun 1

Tahun 3

BCG


1

Jika tiada parut / no scar

Hep B


1st

2nd

3rd

4th

DTwP+Hib


1st

2nd

3rd

"DTP or DT


DTP dos tambahan

DTP dos tambahan

Tetanus

Dos tambahan

OPV


1st

2nd

3rd

Dos tambahan

Dos tambahan

Campak

Sabah

MMR


1st

2nd


Nota :

  • Imunisasi Hib dan MMR tidak diberi oleh KKM sebelum Julai 2002.
  • Sebelum tahun 2002, vaksin campak diberi sebagai vaksin tunggal pada usia bayi 9 bulan. Ketika ini vaksin ini hanya diberi kepada bayi di Sabah yang berusia 6 bulan.

Komplikasi penyakit yang boleh dicegah melalui imunisasi

Penyakit

Komplikasi

Tibi (batuk kering)

Menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.


Difteria

Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia (radang paru-paru).


Pertusis (batuk kokol)

Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.


Tetanus (Kancing gigi)

Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).


Haemophilus influenzae jenis (Hib)

Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).


Hepatitis B

Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.


Polio

Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.


Campak

Virus ini boleh menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia).


Beguk

Virus ini menyebabkan jangkitan kepada otak (encephalitis) dan testis (orchitis) dan boleh membawa kepada kemandulan.


Rubella

Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran dan penglihatan serta kerosakan hati. (terutamanya PDA patent ductus arteriosus hyperli)



Nota - Semua penyakit di atas sangat berbahaya dan boleh membawa kematian.


Kesan sampingan dan keselamatan vaksin

Semua vaksin yang diberi adalah selamat dan berkesan selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO). Kesan sampingan adalah ringan mempunyai batasannya sendiri. Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik. Jika ini berlaku, sila beri ubat (paracetamol).
Kesan sampingan yang serius adalah jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor, jika berlaku keadaan berikut :

  • Menangis berterusan, mengantuk, pucat, berlaku otot kecutan otot dalam tempoh 48 jam selepas suntikan
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas dan mengantuk yang serius

Langkah berjaga-jaga dan tanda-tanda semasa imunisasi adalah biasa

  1. Penjagaan berikut perlulah diberi perhatian :
    • Kesakitan yang sedikit tanpa demam bukan merupakan tanda imunisasi
    • Reaksi yang sedikit selepas mengambil telur bukan merupakan tanda suntikan campak
    • Walau bagaimanapun, jika bayi anda mempunyai kesakitan yang teruk dengan suhu badan yang melebihi 38°Celsius, imunisasi akan ditangguhkan sehingga bayi sihat.
    • Jika bayi mempunyai lebam yang jarang berlaku , suntikan akan menyebabkan pendarahan pada otot.

  2. Situasi dan tanda-tanda berikut jarang berlaku semasa imunisasi :
    • Vaksin hidup (OPV, MMR adalah kontra indikasi untuk bayi-bayi yang mempunyai daya tahan tubuh yang lemah disebabkan oleh penyakit serius atau penggunaan ubat-ubat tertentu (penggunaan steroid jangka panjang, rawatan kanser). Bagaimanapun apabila bayi telah sihat, imunisasi boleh diberikan.
    • Kanak-kanak yang telah dikenalpasti alah terhadap pemberian imunisasi yang lalu (anaphylaxis)

Tips imunisasi

  • Pencegahan penyakit melalui imunisasi jauh lebih baik daripada rawatan, jika penyakit itu berlaku. Pastikan bayi mendapat imunisasi yang lengkap mengikut jadual imunisasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

  • Vaksin adalah berkesan dan kesan sampingan yang dialami adalah perkara biasa dan tidak serius.
  • Sila berjumpa doktor, jika bimbang mengenai tanda-tanda kontra indikasi pada bayi selepas imunisasi.

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...