Saturday, May 02, 2009

Little Mosque on the Prairie


02/05/09

Saya rasa sangat rindu pada Medical Surgical Nursing yg saya tinggalkan di mahallah (hostel). Rindu nak membaca diseases yg pernah sy belajar sblm ini.

Bila buka blog khai, cemburu sy meruap2. Macam gas yg kene cahaya matahari, yg tertutup rapi dlm sebuah tong. Nasib baik x pecah...tp pemejalwapan itu, hanya sy shj yg rasa.Banyaknya buku yg dia beli ketika pesta buku antarabangsa baru2 ini. Teringat betapa air mata sy mengalir ketika sy berseorangan mengunjungi gerai2 buku di PWTC kerana hanya tinggal RM10 dlm purse setelah membeli tiket utk pulang ke Terengganu. Nasib tidak menyebelahi sy krn wang RM500 yg emak bekalkan, sengaja saya tinggalkan di mahallah. Tiada niat utk ke pesta buku antarabangsa itu, ttp ntah mengapa, terjejak juga saya di sana. Maka, pulanglah sy dgn jiwa yg lara..

Broadband ada. Jemari saya mula menaip di engine carian dan saya terjumpa "Little Mosque on the Prairie".

Satu episod rancangan sitcom televisyen NBC Kanada. Rancangan sitcom itu ditonton melalui youtube. "Little Mosque on the Prairei" mengisahkan kehidupan sekelompok muslim Kanada di sebuah bandar di pinggir kawasan Prairei yang terkenal dengan penghasilan gandum.

Episod itu bermula dengan kecederaan yang dialami seorang pengusaha kafe muslim yang terjatuh ketika bertengkar dengan seorang pelanggan di kafenya. Setelah dirawat oleh seorang doktor muslim, beliau dinasihatkan supaya banyak beriadah dengan berenang bagi menguatkan ligamen lututnya. Oh, lupa nak dinyatakan bahawa kedua-dua pengusaha kafe dan doktor itu perempuan.

Pada satu hari, kedua-dua mereka pergi ke kolam renang milik perbandaran. Alhamdulillah, bandar itu mempunyai hari khusus untuk wanita menggunakan kolam renang. Maka soal aurat tidak menjadi persoalan kerana semua pengguna kolam renang pada hari itu ialah perempuan. Bagaimanapun masalah timbul kerana instructor kolam renang itu ialah seorang 'lelaki lembut'. Maka kedua-dua wanita muslim itu membantah kehadiran instructor itu atas alasan mereka beragama Islam dan menjadi satu kesalahan di sisi Islam untuk mereka berbikini di hadapan seorang lelaki bukan muhrim. Lelaki lembut itu mendakwa dia seorang 'gay' dan tidak bernafsu melihat perempuan. Jadi dia enggan meninggalkan kolam renang itu kerana dia bertugas pada hari itu. Pengusaha kafe dan doktor muslim itu akhirnya terpaksa mengalah dan tidak jadi berenang kerana kelas renang hanya dikendalikan oleh instructor 'gay' itu.

Maka bermulalah perjuangan doktor muslim itu untuk mendesak datuk bandar - yang juga seorang wanita - untuk menyediakan instructor renang wanita. Beliau memohon pertolongan ibunya, pegawai perhubungan awam di pejabat datuk bandar untuk melobi majlis perbandaran agar memenuhi tuntutannya. Datuk bandar bukan muslim itu tidak membantah cadangan tersebut tetapi berkata majlis perbandaran tidak mempunyai bajet yang cukup untuk menggaji seorang instructor renang wanita. Beliau (datuk bandar) bagaimanapun berjanji akan membawa perkara itu ke mesyuarat majlis jika doktor muslimah itu berjaya mengutip tandatangan sokongan daripada sekurang-kurang 120 wanita (jika ingatan saya belum pudar).

Ibu doktor muslim itu pula berhadapan dengan masalah. Jika permohonan anaknya itu diluluskan oleh mesyuarat majlis, maka harapannya untuk menyertai lawatan ke China akan terjejas. Ini kerana bajet untuk membiayai instructor renang wanita akan diambil daripada kos membiayai lawatan beliau ke China. Maksudnya, beliau tidak akan tersenarai menyertai lawatan ke China jika instruktor renang wanita digaji. Maka bermulalah usahanya untuk menggagalkan kempen pungutan tandatangan itu. Dalam salah satu slot sitcom itu, beliau cuba mempengaruhi seorang wanita bukan muslim agar tidak menurunkan tandatangan di kertas petisyen. Bagaimanapun cubaannya gagal dan wanita bukan muslim itu menurunkan tandatangan kerana menganggap idea menggaji seorang instructor wanita bagi perenang wanita adalah baik.

Pengajaran yang diperolehi dari sitcom itu adalah, bukan menjadi satu keganjilan atau kesukaran untuk mengamalkan Islam di negara-negara minoriti muslim seperti Kanada. Walaupun Barat kini diserang sindrom Islamophobia (ketakutan terhadap Islam) pasca insiden 11 September 2001, masih ada di kalangan masyarakat dunia yang mampu berfikiran rasional dan mengamalkan toleransi. Sitcom "Little Mosque on the Prairie" adalah salah satu usaha untuk mengikis sindrom Islamophobia itu. Memang ada pro dan kontra dengan penyiaran sitcom itu, tetapi sy tidak mahu mengulasnya di sini.

Apa yang cuba diketengahkan adalah usaha mewujudkan environment yang selesa untuk wanita Islam bersosial tanpa menjejaskan pegangan syariat telah wujud di peringkat global. Di negara kita, Sukan Nisa' - acara sukan khas untuk wanita berjalan penuh meriah dan warna warni. Kehadiran ratu pecut 200m sukan Asia Doha, Ruqayya al-Ghasara mencetus semangat peserta dan penganjur. Bagaimanapun tidak semua yang melihat ini sebagai satu perkembangan sihat. Ada pihak tidak berpuashati kerana lelaki tidak dibenarkan menyaksikan sukan itu. Hujah mereka kaum kerabat lelaki peserta tidak dapat memberi sokongan moral. Itu jugalah yang dikritik pengarang The Star, Wong Chun Wai yang selalunya sinis dengan apa jua perkembangan di Kelantan.

Jepun menyediakan gerabak keretapi khas untuk wanita dan beberapa bandar di India menyediakan bas khas untuk wanita. Pokoknya wanita diberi kebebasan untuk memilih - tempat khusus untuk wanita atau kaunter dan kenderaan awam yang bersifat uniseks. Mungkin cadangan ini dapat menutup mulut wanita dan lelaki gatal yang saja-saja mahu bercampur di khalayak umum tanpa sebarang alasan yang munasabah. Sekurang-kurangnya wanita kita bahkan wanita di seluruh dunia punyai pilihan.

7 comments:

arazma said...

kan ke bagus klu kt mesia ni pun ade bnyk kemudahan khas utk wanita..muslim saja!

Hidayah said...
This comment has been removed by the author.
Hidayah said...

tq 4 d info,ade yg muslim saja,ade yg boleh campur dgn non muslim cth bas awam untuk wanita tak kira agama,lau dgn muslim je x berkembang pule islam.usul kat PM dato sri najib,sape berani?

wearelearningparents said...

jom kita buat memorandum...

Fitrie Muhammad said...

Lama dah nak cari sitcom ni utk download...

wearelearningparents said...

boleh download di youtube

kin hashim said...

Sorang kawan kat lancaster, uk, ada bagitahu, di waktu malam,ada perkhidmatan bas dari bandar ke univ lancaster yg dikhususkan utk penumpang wanita sahaja. Bertujuan utk 'menjaga' kaum wanita supaya terhindar drp gangguan lelaki. Idea yg murni diterapkan di sebuah daerah negara bukan islam. kagum, kan? Pelik kenapa tak boleh dilaksanakan idea sebegitu di negara kita, negara yg dicanangkan sebagai negara islam.

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...