Monday, August 25, 2008

Ihya' Ramadhan

Ucapan terima kasih tidak terhingga buat sahabat2 yang terlibat dalam menganjurkan program IHYA' RAMADHAN.
Walau dalam kesibukan, aku bangga kerana masih ramai yang memberi sokongan padu untuk program ini, termasuklah diriku.
Buktinya, walaupun masih x bersedia dengan presentation Bahasa Melayu pada isnin hari, tetapi masih mampu memberi komitmen terhadap pertandingan nasyid. Dan natijahnya.....






menang tempat kedua.... (=





IHYA' RAMADHAN.

Satu program berterusan yang dalam maksudnya. Bernaung di bawah UNDER ONE FAITH UNIT. Ihya Ramadhan mengajak kita semua supaya bersedia untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh barakah dengan tangan dan hati yang terbuka luas.


Sujud Syukur harus dilaksanakan padaNya, kerana sudah tidak sampai seminggu, 'dia' akan muncul semula. Datang untuk menemui mereka yang merindui akan kebarakahan yang melimpah2 padanya.



RAMADHAN : THE SAME EVENT, BUT THE DIFFERENT OUTCOME



Ayat yang ditutur oleh Allhyarham Farham (AB DQ). Walaupun sudah hampir 4 thn beliau pergi meninggalkan kami, namun ayat ini, masih lagi dikenang2, kerana maksudnya yang teramat2 mendalam.



Setiap tahun, kita akan sentiasa berjumpa dengan Ramadhan (jika diizinkanNya), namun Ramadhan kali ini, tetap tidak akan sama berbanding dengan Ramadhan tahun lepas mahupun Ramadhan akan datang.



Mungkin semakin baik, atau tidak mustahil makin buruk.



Banyakkan berdoa sepertimana Rasulullah S.A.W berdoa sebelum tibanya Ramadhan...



"Ya Allah, selamatkanlah aku ke bulan Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan bagiku."



Wednesday, August 20, 2008

VALUE OF A FAILURE


2 days ago, I had organized a very formal event. But, all our plans are broken by the heavy rain on that night. All of us became disordered, hectic, frenzied and chaotic. However, the Opening Ceremony must be held. Alhamdulillah, it’s went nicely, although not perfectly as our master plan. When I think and ponder again about this, I’m sure that there must be something, some hidden point that Allah wants we know, take it as a lesson and as a learning process in build our management and leadership.


Our society has been programmed to shun failure. Why? Why we looked down on people who have failed? Why failing is considered taboo? We always measure people by their achievements. As an example, we look up on our friends who got excellent CGPA. We put a high value on “SUCCESS” but little or no value on “FAILURE”!


Is that true? How about this…


“THE TOUGHER THE FAILURES YOU SUFFERED, THE GREATER YOU FINALLY BECOME.”


I’m totally agreed that failures actually made great men! I can safely say that the value of failing is greater than success. But many people do not see that way, we only thinking of winning and winning all the time.

We have to remember that, in order to have the rainbow, we must have the rain. There is no other way. Hard times should make you BETTER and not BITTER. You can only be BETTER if you learn from it.

Kawan...Siapa tu?

Hidup teramat unik.
Kadang2 kita menangis sedih kerana hidup.
Kadang2 kita menangis gembira kerana hidup.
Kadang2 kita ketawa sedih kerana hidup.
Kadang2 kita ketawa gembira kerana hidup.

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI MISTERI...!

yang pasti..
Semua rencah hidup, rempah ratus hidup, warna2 hidup akan dirasai apabila..
Hadirnya KAWAN
Manusia baru yang akan mempengaruhi suka duka kehidupan.

KAWAN
Manusia memang pelbagai ragam.
Kawan juga begitu.
Tapi semuanya bergantung bagaimana cara kita menerima kawan.
bak kata saifulislam:
"Kebaikannya diterima, keburukannya diredha."

Yang utama, Rasulullah sentiasa menghargai kawan.
Walaupun kawan baginda berbuat jahat pada baginda.
Namun dengan keterbukaan baginda, akhirnya, kawan itu menjadi pendokong agama baginda.
Hebatnya kuasa seorang kawan!

Kawan akan sentiasa doakan untuk kebaikan kawannya.

Akan ku doakan agar kawan2ku yang satu MEASAT denganku akan terus ISTIQAMAH.
Buat kawan2 baru, jom naik MEASAT.

Dedikasi buat kawan baru



OSCARIAH AWARD: BEST TEAM IN MILKY WAY GALAXY

Wednesday, August 13, 2008

HARAMkan Zohan


Filem You Don’t Mess with the Zohan lakonan Adam Sandler telah memasuki negara ini. Ceritanya berkisar tentang seorang lelaki yang membawakan watak “Jewish Special agent cum gigolo and hairdresser”.



Cerita superhero yahudi ini sewajar diharamkan kerana beberapa sebab;



1)Ianya mempromosi kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestine.
2)Menghina perjuangan rakyat Palestine dan umat Islam yang ditonjolkan sebagai bangsa yang lemah dan suka berfoya-foya.
3)Pejuang Islam Palestine juga diperlihatkan sebagai kaki perempuan dan sosial.
4)Filem ini juga menonjolkan imej seorang lelaki gigolo yang bukan sahaja memberikan khidmat sebagai pendandan rambut tetapi pelayan khidmat seks kepada wanita tua.
5)Filem ini juga tidak menghormati orang tua yang dianggap sebagai bahan seks dan penuh aksi/isyarat dan dialog lucah.
6)Filem ini turut menganiayai haiwan dimana seekor kucing telah dijadikan ‘bola’ yang boleh disepak-sepak.



Secara keseluruhan filem ini berserabut dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ianya sekadar hiburan picisan yang tidak layak ditonton oleh rakyat negara ini. Oleh itu diharapkan agar FINAS mengharamkan filem ini dengan segera kerana kita tidak sewajarnya mempromosikan sifat buruk kaum yahudi dinegara ini.

Monday, August 11, 2008

Agamaku Dicabar Lagi....!

Terkejut bila mendengar kisah ini. Forum "Masuk Islam" anjuran Majlis Peguam dibuat secara terbuka. Semua musuh2 islam bergabung. Puak2 Artikel11, IFC, semua bergabung tenaga menghentam Islam.


Lemahnya kita...Terbukanya kita...


Adakah itu yang telah membuka pintu2 utk musuh2 Allah ini menentang agamaNya??


Aku juga teramat sedih dengan pihak pemimpin yang mengaku membawa imej islam yang hanya duduk berdiam diri di sofa mahal.


Tidak sensitif kah mereka dengan isu ini? Kenapa forum seperti ini diluluskan tetapi forum yang mengajak manusia untuk kembali ke norma2 asal kehidupan disekat?


Tentu Rasulullah sedih melihat situasi ummah hari ini. Analoginya, forum ini adalah PERANG AHZAB. Musuh bergabung tenaga untuk mengalahkan Islam. Namun, tentera Islam pada hari ini tidak layak untuk dianalogikan sebagai tentera islam dalam Perang Ahzab tersebut. Walaupun jumlah mereka sedikit, namun jiwa mereka kental. Cukuplah hanya Allah dan Rasul sebagai pembela mereka.


Bagai langit dan bumi, tentera islam hari ini, leka dengan duniawi. Inilah bahana PLEURALISM. Menyamaratakan semua agama. Perlu bersikap terbuka.


Benar, Islam bukan paksaan. Tetapi islam bukan satu agama yang mudah diperkotak katik, dikambinghitam atau digula-gulakan.


Bilamana ada musuh menghina, Islam perlu bertindak. itulah FLEXIBILITY islam. Sebab itu turunnya ayat JIHAD.


Syukran kepada pemuda PAS yang sanggup turun mengacaubilaukan forum tersebut. Bukan mahu menunjuk "kehodohan" Islam, tetapi sekadar 1st WARNING untuk mereka2 yang berniat untuk meremehkan Islam.

Ada Hikmahnya Dengan SIBUK

Pagi tadi, aku membelek buku kecilku. berderet-deret kerja yang perlu aku settle kan hari ini. Seperti biasa. Kadang2 sehari melebihi 30 tasks yang perlu dan WAJIB ku laksanakan. bukan setakat main cincai2 mcm cincang cincau...but i've to do them professionally...


Antara nya:


IQUEST = malam ni dah final touch, tp division OC baru je dapat siapkan dalam 60%. sepatutnya, bila dah final touch ni...kerja mesti dah siap 95%. tinggal untuk touch up mane2 yang patut aje..


HALAQAH

JADI USTAZAH TASMI'

ASSIGNMENT

MEETING BRC


Erm...banyak lagi..tapi perlu dirahsiakan.


Kadang2 terasa..ya Allah, sempitnya dada ni..sesak nafas...


namun, benar dan teramatlah benar...Allah Maha Mendengar, segala pengaduan. Sama ada kita rahsiakan atau kita luahkan. Di mana sahaja, timur, barat, utara, selatan, Dia Maha Mendengar...


Pagi tadi;


Ketika bertilawah, Allah telah temukan aku dengan sebaris ayatNya. ayat yang memujuk Nabi Muhammad S.A.W. Ketika nabi Muhammad terasa sempit dada, kerana perangai kafir Quraisy. Dialah pemujuk rasul dengan turunnya ayatNya yang menggembirakan hati baginda.


HISTORY WILL BE REPEATED, BUT AT OTHER PLACES AND OTHER TIMES AND OTHER PEOPLE...


Aku yakin, ayat itu ditemukan denganku, supaya aku merasai kehadiranNya.

Dia tetap ada di sisi manusia. hanya manusia saja yang bodoh, yang sombong, yang selalu melupakanNya.


Kemudian, terdengar pula nasyid mestica dari laptopku... RAHMAT UJIAN


ALLAH RINDU MENDENGARKAN

RINTIHANMU BERPANJANGAN...


Entah mengapa, hatiku cukup tersentuh. Setelah dipertemukan dengan ayatNya, diperdengarkan pula alunan hiburan itu...


Air mataku mengalir.....


Benar....


Dia uji aku dengan maha kesibukan ini. Supaya aku kembali kepadaNya.. Kembali insafi diri, bahawa masa itu tetap milikNya.


Pesanku pada diri sendiri....

JANGAN SOMBONG DENGAN TUHANMU, WALAU ENGKAU SEDANG MELAKUKAN KERJA2 ISLAM...JANGAN LUPAKAN TUHANMU WALAU SESAAT.

Monday, August 04, 2008

Edisi Khas- Pemimpin itu Harus Besar Jiwanya

Terharu dengan 'petugas' ber'tshirt' pagoda yang kini seorang MB
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 02, 08 | 12:35:25 pm MYT

Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia. Bahkah lebih dari itu, terasa kemesraan dan tingginya nilai pertolongan sewaktu terdesak. Semuanya ini terjadi, ketika negara terkejut dengan isu "Deepa raya"
Rakan saya, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya itu. Suatu ketika keretanya pernah mengalami kerosakan gearbox di Lebuh Raya Utara Selatan, dekat susur keluar Tapah.

Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya. Kerosakan kereta itu terjadi sewaktu beliau hendak ke Kuala Lumpur.

Setelah tercari-cari siapakah yang boleh membantu, beliau menghubungi Setiausaha PAS Putrajaya, Wan Hasrul Affendi. Kebetulan kereta Proton itu dipinjam darinya dan Ustaz Nazir adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya. Wan memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi di kalangan aktivis PAS Perak.

Ustaz Nazir menghubungi nombor tersebut. Amran Harun, pemilik nombor telefon itu memberi jaminan akan menghantar seseorang ke sana. Ketika itu, Amran adalah Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS (JPN) negeri berpangkalan di Ipoh. Tidak lama kemudian, seorang petugas PAS sampai dan membawa Ustaz Nazir serta kereta tersebut ke sebuah bengkel.

Sikap bertanggungjawab Amran cukup terpuji. Setelah seminggu berlalu, Amran sendiri menghantar kereta yang sudah siap dibaiki ke rumah Ustaz Nazir di Putrajaya, dari Kampar. Amran juga adalah Setiausaha PAS Kawasan Kampar, waktu itu.

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapak ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau. - tmj/mks._


HEBATNYA MANUSIA2 TERPILIH INI. JANGAN KAU BALIKKAN HATI KAMI, YA ALLAH

"Seandainya jalan dakwah itu senang, nescaya mereka akan mengikutimu, tetapi, sesungguhnya jalan (dakwah) itu susah dan berduri..." (alQuran)

Aku Menulis Dari Hati

Pertama, mahu memohon kemaafan drp kak AC sbb mencuri hasil karya nya... tajuk je..tp isi dia lain..

JOURNEY TO BATU CAVES

Berjumpa dgn sahabiah2 yang sama2 pernah melalui pahit manis perjuangan ketika di KL dahulu. Terpisah hampir setahun lebih kerana matlamat ilmu masing2. Rindu pada wajah solehah kalian. Wajah2 yang amat mendamaikan. Bila menatap wajah kalian, terasa pahit manis jalan yang kita lalui dulu, baru semalam berlaku.

Mujahidah Solehah

Kalian layak dianugerah dengan gelaran itu. Kalian layak dimartabat dengan anugerah SERIKANDI. Terima kasih Tuhan, kerana memberi ruang untuk bertemu, dan sama2 berjuang dengan mereka.

SESUNGGUHNYA SETIAP PERTEMUAN PASTI ADA PERPISAHAN DAN SETIAP PERPISAHAN TIDAK AKAN MENJANJIKAN AKAN BERLAKUNYA PERTEMUAN SEMULA... YANG PASTI, PERTEMUAN DI NEGERI SANA, MOGA KITA SAMA2 RASAI NYA DI TAMAN RAUDHAH NYA...
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...