Wednesday, August 13, 2008

HARAMkan Zohan


Filem You Don’t Mess with the Zohan lakonan Adam Sandler telah memasuki negara ini. Ceritanya berkisar tentang seorang lelaki yang membawakan watak “Jewish Special agent cum gigolo and hairdresser”.



Cerita superhero yahudi ini sewajar diharamkan kerana beberapa sebab;



1)Ianya mempromosi kezaliman tentera Israel terhadap rakyat Palestine.
2)Menghina perjuangan rakyat Palestine dan umat Islam yang ditonjolkan sebagai bangsa yang lemah dan suka berfoya-foya.
3)Pejuang Islam Palestine juga diperlihatkan sebagai kaki perempuan dan sosial.
4)Filem ini juga menonjolkan imej seorang lelaki gigolo yang bukan sahaja memberikan khidmat sebagai pendandan rambut tetapi pelayan khidmat seks kepada wanita tua.
5)Filem ini juga tidak menghormati orang tua yang dianggap sebagai bahan seks dan penuh aksi/isyarat dan dialog lucah.
6)Filem ini turut menganiayai haiwan dimana seekor kucing telah dijadikan ‘bola’ yang boleh disepak-sepak.



Secara keseluruhan filem ini berserabut dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Ianya sekadar hiburan picisan yang tidak layak ditonton oleh rakyat negara ini. Oleh itu diharapkan agar FINAS mengharamkan filem ini dengan segera kerana kita tidak sewajarnya mempromosikan sifat buruk kaum yahudi dinegara ini.

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...