Monday, August 25, 2008

Ihya' Ramadhan

Ucapan terima kasih tidak terhingga buat sahabat2 yang terlibat dalam menganjurkan program IHYA' RAMADHAN.
Walau dalam kesibukan, aku bangga kerana masih ramai yang memberi sokongan padu untuk program ini, termasuklah diriku.
Buktinya, walaupun masih x bersedia dengan presentation Bahasa Melayu pada isnin hari, tetapi masih mampu memberi komitmen terhadap pertandingan nasyid. Dan natijahnya.....






menang tempat kedua.... (=





IHYA' RAMADHAN.

Satu program berterusan yang dalam maksudnya. Bernaung di bawah UNDER ONE FAITH UNIT. Ihya Ramadhan mengajak kita semua supaya bersedia untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang penuh barakah dengan tangan dan hati yang terbuka luas.


Sujud Syukur harus dilaksanakan padaNya, kerana sudah tidak sampai seminggu, 'dia' akan muncul semula. Datang untuk menemui mereka yang merindui akan kebarakahan yang melimpah2 padanya.



RAMADHAN : THE SAME EVENT, BUT THE DIFFERENT OUTCOME



Ayat yang ditutur oleh Allhyarham Farham (AB DQ). Walaupun sudah hampir 4 thn beliau pergi meninggalkan kami, namun ayat ini, masih lagi dikenang2, kerana maksudnya yang teramat2 mendalam.



Setiap tahun, kita akan sentiasa berjumpa dengan Ramadhan (jika diizinkanNya), namun Ramadhan kali ini, tetap tidak akan sama berbanding dengan Ramadhan tahun lepas mahupun Ramadhan akan datang.



Mungkin semakin baik, atau tidak mustahil makin buruk.



Banyakkan berdoa sepertimana Rasulullah S.A.W berdoa sebelum tibanya Ramadhan...



"Ya Allah, selamatkanlah aku ke bulan Ramadhan dan selamatkanlah Ramadhan bagiku."



No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...