Sunday, January 25, 2009

Dimarahi kerana CYCLOPHOSPHAMIDE

Sedang enak membelek buku MEDICAL SURGICAL NURSING yang seberat hampir 1.5kg, setebal hampir 3000 mukasurat, saya terpandang perkataan CYCLOPHOSPHAMIDE.

Terus saya teringat, saya ada peristiwa pahit dengan CYCLOPHOSPHAMIDE ini. Bila saya belek muka surat sebelumnya,ya, saya pasti, inilah ubat kemoterapi yg digunakan oleh pesakit breast cancer.

Peristiwa ini berlaku 1 thn yg lalu, ketika saya on job training (OJT) di sebuah hospital yang perlu saya rahsiakan nama n lokasinya.

Saya sedang mengambil vital signs (blood pressure, pulse, respiration, I/O chart n temperature) seorang pesakit. Tiba2 datang seorang sister (ketua jururawat) ke cubical (area yg saya sdg jalankan tugas) tersebut. Saya teruskan kerja saya, kerana sister tersebut bukan datang ke arah saya, tp menuju ke arah seorang pesakit. Tiba2 saya dipanggil.

"Student UIA, datang sini sekejap." Saya memandang kiri n kanan. Manalah tahu, bukan saya yg dipanggilnya. Bila melihat wardmates saya seolah2 tidak mendengar panggilan tersebut, saya bergegas ke arahnya.

"U student UIA kan? U ambil degree kan?"
"Sudah...dia tanya soalan ni dah.." saya bermonolog. Inilah soalan paling kontroversi bg kami.
Saya hanya mengangguk.

"Cuba u tengok ubat ape tu.."
Saya memandang ubat yg ditunjukinya. Saya nampak seperti botol NORMAL SALINE. (Kalau bahasa mudah, org awam selalu merujuk NS ini sebagai air garam yang dimasukkan dlm badan)

"Normal saline kan, sister.."
"Ye ke? Pandai2 je jawab. Cuba u pergi tengok."

CYCLOPHOSPHOMIDE...

Hati saya sudah berdebar. Saya tidak belajar lagi ttg ubat ini..Wardmates saya datang membantu. Dan apalagi...kami dimarahi n diperli di hadapan pelawat yang datang.

"Kami baru 1st year, sister. Memang kami x belajar lagi pasal ni.."kawan saya membantu.
"Xkisah la kamu year berapa, kamu kan degree. Apa ni...diploma lagi tahu drp kamu, saya ni, sijil je tau..."

Sesuatu yg sangat tidak adil. Maruah kami seolah2 dipijak2 ketika itu. Sangat tidak adil, membandingkan kami yang baru setahun dengan mereka2 yang sudah berpuluh2 tahun.

BACHELOR IN NURSING (U41)
U41 inilah yang menjadi kontroversi, antara kami dengan jururawat diploma. Setiap kali ditanya soalan.. "nanti gaji kamu berapa?.." tentu kami sukar utk menjawabnya. Jawab salah, x jawab pun salah.

"Best la kamu, beza gaji kamu dengan saya hanya RM100 je.."

Dr. Fikri, HO di HOSHAS berbual dengan saya ketika saya menjadi chepronenya semasa procedure ABG.

Ya, itulah yang menjadi topik kontroversi sekarang. Tapi, saya tidak faham, kenapa masih ada org yg dengki... kerana.. utk mendapat gaji sebanyak itu...banyak perbezaannya

Diploma = hanya 3 thn tapi Degree = 4 thn + 2 thn matrikulasi = 6thn!
Diploma = umur 20 dah start kerja tp Degree = 24/25 thn baru start kerja!
Diploma = belajar dalam BM tapi Degree = fully in English!
Diploma = ada elaun RM600 sbln, buku, xperlu beli tapi Degree = xde semua tu... sama ada JPA, PTPTN atau tanggung sendiri..


Jadi, inilah pengorbanan yang kami telah lakukan. Oleh itu, wahai jururawat, janganlah simpan perasaan itu pada kami.

Anda boleh mendapat gaji U41 itu jika anda sambung belajar. Tiada ape beza antara kita.

Kami ambil degree not for the sake of money.
Kami ambil degree kerana kami mahu naiktarafkan martabat jururawat di Malaysia, seperti yg kita maklum, dalam bahagian medical ini, Malaysia agak ketinggalan 20 thn berbanding Filipina, Mesir mahupun Thailand.

Kami mahu, semua org tahu, kerja jururawat bukan hanya mengikut kata doktor, tp jururawat adalah sama taraf dengan doktor, yang mampu berbincang semeja dengan mereka...

3 comments:

Anonymous said...

k.abel..very nice..
kami suke n gembira..!
my starshine!!
hee~
nanti bile jd nurse U41 jgn lupekan sy..~~

Anonymous said...

Jururawat=Doktor?

Liabiliti seorang doktor sangat besar. Jika berlaku kecuaian perubatan (medical negligence) yang akan disaman adalah doktor bukan jururawat.

Anyway, jururawat ada insuran? :=) Bukan apa kalau ada insuran, bolehlah kita sarankan pesakit mangsa (medical negligence) saman jururawat pula.

pekerja hospital said...

mengarutlah..jururawat sama taraf dgn doktor..jururawat adalah kuli kepada doktor..kata lain pesuruh doktor..tak kisah la ada degree ke diploma kkm ke semua sama jer..bodoh bangang..by the way padan muka ko kena marah dgn sister yg hanya berkelulusan sijil tu..

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...