Saturday, January 24, 2009

Raya Cina atau Raya Melayu?

Mcm-mcm...
Raya Cina = cuti pertengahan semester UIAM
Tapi..ramai je yg tidak pulang ke kampung halaman, termasuklah saya.

Hidayah (Perak) - tidak pulang bercuti kerana tidak suka pada kesesakan jalan.
Effy (Johor) - tidak pulang kerana family datang
Tasnim (Perlis) - jauh sangat...perjalanan mengambil masa hampir sehari dr Kuantan
Afisya (Kelantan) n Hajaq (Penang) - ronda2 ke KL
Rubiah (Terengganu) - ??? (tidak diketahui sebab??) - study kottt

insya Allah, 30hb ni, kertas pertama untuk peperiksaan pertengahan semester. Rasa seperti sekejap sahaja masa berlalu. Baru sahaja rasanya masuk semester 4 ni, alih2 sudah berada di pertengahan.

Alasan saya = study... dan emak dan ayah sudah izinkan malah galakkan saya utk tidak pulang..tumpu pada pelajaran, kata mereka. Cuti hujung minggu lain, boleh pulang lagi.

Ya, harapan mereka terhadap akademik saya amat tinggi.
Tetapi... seusai solat maghrib (saya solat sendirian di surau, kerana tiada org lain), semasa mendoakan utk emak n ayah..air mata saya mengalir laju..

HOMESICK!!!

Bila tiada sahabat2 yang boleh mengisi suka n tawa, barulah saya sedar, bahawa saya homesick..
Tidak pernah lagi kejadian ini berlaku dalam hidup saya.

Lantas, selesai mengulang juzuk 24, saya mencapai telefon, dan menelefoni mereka..(Emak n ayah)

Banyak yg saya ceritakan. Cerita tentang penglibatan saya dalam pilihanraya kampus. saya tahu, mereka kurang faham akan hal ini (Emak n ayah saya sudah berusia), namun mereka ttp menghargai n meraikan apa yang saya ceritakan itu.

Seketika bercakap, saya terdiam. Hati saya sebak. Emak dapat meneka, kerana emak sudah mengenali saya hampir 22 thn. Emak tahu, saya menangis...kerana jika saya terdiam ketika bercakap dengan mereka, sah saya menangis!

Malam esok, kaum cina akan makan besar.

Saya pun, nak makan2 dengan emak n ayah, walaupun saya bukan cina, saya melayu tulen.
Emak kata...minggu depan..

Akhirnya...saya tersenyum kerana emak bg saya pulang minggu depan..

(Entri sekadar entri...)

1 comment:

Unknown said...

Kalau telefon rumah, dengan sengaja dilebih-lebihkan gelak, walaupun tak kelakar. Sengaja dilebih-lebihkan cerita walaupun tak penting. Sengaja dilebih-lebihkan pertanyaan walaupun sebenarnya dah tak ada apa yang nak ditanya.

Semuanya kerana rindu.

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...