Copy paste from :http://khaulahazwar86.blogspot.com/
Jika kita melihat rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang fatrah PRK ini, ku kira kami, warga UIAM ini masih berada dalam keadaan 'selesa' berbanding rakan-rakan kami di UM. Pelbagai fitnah, tohmahan, malah ada yang cuba dirasuah dan yang paling mengejutkan apabila kepala babi yang terbelah dua dijumpai di dalam masjid semasa malam berkempen baru-baru ini. Astaghfirullah, tidak diketahui angkara siapa yang sanggup melakukan perbuatan yang keji dan dimurkai Tuhan itu. Tidak kurang ada juga yang mengalami kerugian apabila kenderaan mereka disimbah dengan cat dan bilik-bilik mereka digeledah sesuka hati oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak tahu di manakah aqal mereka itu diletakkan dan bagaimana mereka menggunakannya, Astaghfirullah..
Namun, itu hanyalah sebahagian daripada ujian-ujian dan cabaran-cabaran kepada golongan kami-mahasiswa. Aku sangat yakin rakan-rakan mahasiswa seluruh Lembah Klang sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal mereka hadapi. Atas dasar keimanan dan keyakinan bahawa apa yang mereka perjuangkan ini adalah jihad, maka kegentaran dan ketakutan seolah-olah lenyap dari dalam diri mereka. Seperti mana saudara-saudara kami di Gaza berjihad mempertahankan Islam daripada terus dirobek oleh Yahudi Laknatullah, maka kami di sini juga berjihad dalam usaha mempertahankan pro-Mahasiswa sebagai suara seluruh mahasiswa di setiap kampus.
Aku masih tidak mengetahui keputusan rasmi universiti-universiti di sekitar Lembah Klang, kemungkinan esok. Walau bagaimana pun, ku kira setiap keputusan itu pasti ada hikmahnya. Samada menang atau kalah, ada hikmah yang tersirat di situ. Jika menang, cabaran untuk MENGISI KEMENANGAN itu lebih hebat daripada merasai kemenangan. Jika kalah, tidak perlu gusar, mungkin kita perlu kuatkan lagi barisan kita agar perancangan yang lebih halus dan terancang dapat dilaksanakan.Mengimbas kembali sekitar penamaan calon semalam. Pada pukul 3 petang, senarai akhir calon-calon yang layak bertanding dikeluarkan. Aku melihat satu persatu
--KULLIYYAH OF MEDICINE; won uncontested
--KULLIYYAH OF PHARMACY; won uncontested
--KULLIYYAH OF NURSING; won uncontested
--KULLIYYAH OF SCIENCE; won uncontested
--KULLIYYAH OF DENTISTRY; won uncontested
--KULLIYYAH OF ALLHS; 3 candidates who will be contested
Allahu Akbar, tidak terduga akan keputusan ini. Rata-rata calon yang bertanding adalah rakan-rakan ku sendiri. Semoga antum semua lebih kuat dalam menerima amanah Allah ini. TAHNIAH & TAKZIAH! Apabila kita memegang sesuatu amanah, lakukanlah dengan SEHABIS BAIK dan laksanakanlah ia SEKADAR KEMAMPUAN yang kita ada. Dan YAKINLAH bahawa ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang benar dan mahu menegakkan agama-Nya.
Bahang PRK terasa begitu hangat. Sungguh pun bumi Taman Ilmu & Budi tidaklah begitu terasa hangatnya seperti mana rakan-rakan di UM dan universiti-universiti di Lembah Klang yang lain, tetapi bahangnya tetap dirasai.
Walaupun aku tidak menjadi calon, tetapi debarannya tetap terasa. Kejutan demi kejutan kami terima seolah-olah kejutan itu akan melumpuhkan penyertaan mahasiswa dalam PRK kali ini. Kejutan di UIAM ku kira amat mengejutkan, sehingga tarikh penamaan dan pembuangan undi terpaksa ditangguhkan. Tetapi penangguhan ini disebabkan oleh krisis air yang melanda kawasan Gombak yang turut menjejaskan warga UIAM Gombak, bukanlah disebabkan oleh 'hidden' agenda, insya-Allah. Namun begitu, penangguhan ini ku kira rahmat kepada calon-calon UIAM kerana dengan penangguhan ini, dapatlah calon-calon berkempen pada 'weekdays' bukan pada 'weekend'.
Jika kita melihat rentetan peristiwa yang berlaku sepanjang fatrah PRK ini, ku kira kami, warga UIAM ini masih berada dalam keadaan 'selesa' berbanding rakan-rakan kami di UM. Pelbagai fitnah, tohmahan, malah ada yang cuba dirasuah dan yang paling mengejutkan apabila kepala babi yang terbelah dua dijumpai di dalam masjid semasa malam berkempen baru-baru ini. Astaghfirullah, tidak diketahui angkara siapa yang sanggup melakukan perbuatan yang keji dan dimurkai Tuhan itu. Tidak kurang ada juga yang mengalami kerugian apabila kenderaan mereka disimbah dengan cat dan bilik-bilik mereka digeledah sesuka hati oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak tahu di manakah aqal mereka itu diletakkan dan bagaimana mereka menggunakannya, Astaghfirullah..
Namun, itu hanyalah sebahagian daripada ujian-ujian dan cabaran-cabaran kepada golongan kami-mahasiswa. Aku sangat yakin rakan-rakan mahasiswa seluruh Lembah Klang sudah bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal mereka hadapi. Atas dasar keimanan dan keyakinan bahawa apa yang mereka perjuangkan ini adalah jihad, maka kegentaran dan ketakutan seolah-olah lenyap dari dalam diri mereka. Seperti mana saudara-saudara kami di Gaza berjihad mempertahankan Islam daripada terus dirobek oleh Yahudi Laknatullah, maka kami di sini juga berjihad dalam usaha mempertahankan pro-Mahasiswa sebagai suara seluruh mahasiswa di setiap kampus.
Aku masih tidak mengetahui keputusan rasmi universiti-universiti di sekitar Lembah Klang, kemungkinan esok. Walau bagaimana pun, ku kira setiap keputusan itu pasti ada hikmahnya. Samada menang atau kalah, ada hikmah yang tersirat di situ. Jika menang, cabaran untuk MENGISI KEMENANGAN itu lebih hebat daripada merasai kemenangan. Jika kalah, tidak perlu gusar, mungkin kita perlu kuatkan lagi barisan kita agar perancangan yang lebih halus dan terancang dapat dilaksanakan.Mengimbas kembali sekitar penamaan calon semalam. Pada pukul 3 petang, senarai akhir calon-calon yang layak bertanding dikeluarkan. Aku melihat satu persatu
--KULLIYYAH OF MEDICINE; won uncontested
--KULLIYYAH OF PHARMACY; won uncontested
--KULLIYYAH OF NURSING; won uncontested
--KULLIYYAH OF SCIENCE; won uncontested
--KULLIYYAH OF DENTISTRY; won uncontested
--KULLIYYAH OF ALLHS; 3 candidates who will be contested
Allahu Akbar, tidak terduga akan keputusan ini. Rata-rata calon yang bertanding adalah rakan-rakan ku sendiri. Semoga antum semua lebih kuat dalam menerima amanah Allah ini. TAHNIAH & TAKZIAH! Apabila kita memegang sesuatu amanah, lakukanlah dengan SEHABIS BAIK dan laksanakanlah ia SEKADAR KEMAMPUAN yang kita ada. Dan YAKINLAH bahawa ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang benar dan mahu menegakkan agama-Nya.
No comments:
Post a Comment