Sunday, February 08, 2009

Aku Tinggalkan Kamu



Dalam perjalanan saya dr kuala terengganu ke kuantan, 08/02/09.

Saya seperti biasa mendengar IKIM.fm.

Ketika kita mengangkat takbiratul ihram. Semua jari jemari kita akan dilepaskan. Analogi telah ditafsirkan oleh Imam as-Syafie, sebagai tanda kita melepaskan semua hal2 dunia yang membelenggu kita sebelum ini.

Seperti mana, seorang manusia, ketika mati, semua sendi2nya akan lurus, termasuklah jari jemari.Inilah tandanya..

"Wahai dunia, aku lepaskan engkau. Aku tidak berhajat lagi kepada engkau."

Begitulah yang perlu kita lakukan ketika menunaikan solat. Lepaskanlah dunia itu sebentar. Hadaplah wajah dan hatimu terhadap Tuan yang menciptakanmu..

Berbeza dengan bayi yang baru dilahirkan.
Tangannya akan mengepal.

Seolah2..

"Wahai dunia, aku datang. Dan aku memerlukanmu..."

2 comments:

Ibnurashidi said...

salam ziarah pertama kali...

Bila saya lihat tapak tangan sekecil itu terasa diri sngatlah kerdil. Kita semua sama ketika kecil, tak mampu berbuat apa2. Tapi bila besar, tapak tangan itulah yang mampu menggoncangkan dunia dengan kerosakan. Tapak tangan itu jugalah yang memberi seribu kebaikan.

Mama_Aqish said...

SALAM PERKENALAN, JOM TUKAR LINK

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...