Monday, February 02, 2009

InnaliLlah...Cobaan...


Huruf "L" terpampang di muka depan dan belakang motor saya. Motorsikal WAVE yang ayah beri pinjam sejak saya memasuki tahun kedua di sini. Terpaksa saya terima tawaran pinjaman ayah ini, kerana jarak dari mahallah (hostel)(IMC) ke kelas saya(JHC) hampir2 15km. Setiap hari, kami harus berulang-alik dr IMC ke JHC, dan kadang2 pada hari hujung minggu, terpaksa juga ke JHC kerana kebanyakan buku yang berkaitan dengan medical n nursing hanya disediakan di perpustakaan JHC, berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Tengahari sabtu, 31/01/09, yang indah...

Pulang dr Beserah, saya pulang ke IMC dahulu, untuk menunggu Kayan. Kami sudah berjanji utk sama2 ke kedai motor, utk membaiki motor. Kesian pada Burraq (nama yang saya bagi pada motor saya)..sejak sampai di Kuantan ni, tidak pernah saya service lagi. Kalau ayah tahu, tentu dh lama kene 1 dose...

Saya naik motor saya. Kayan naik motor Kayan, dengan K.Dayah. Dan sampai di satu tempat, tiba2 jalan sesak.

Rupanya ada JPJ buat roadblock. Dan semua motor diarah parking di tepi jalan.

Saya tidak rasa ketakutan apa2 kerana lesen, baru je di renew. Roadtax pula, seingat saya, ayah baru je pergi sambung. Dan saya terus tunjukkan lesen saya.

Kemudian, roadtax saya..

"Encik, tu roadtax yg lama. Ayah saya dah renew yang baru. "
"Ok, xpe, boleh check."

Pegawai JPJ pun check..

"Cik, roadtax x sambung lagi ni..."
"Allah..."
Terus saya menelefoni ayah, dan nyata, ayah lupa utk sambung roadtax.

MAKA, TERIMALAH SAYA SURAT SAMAN PERTAMA DALAM HIDUP SAYA...

"Sila ke mahkamah pada 05/05/09"

Innalillahi waiina ilaihi raaji'un..

Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Yayan, roommate saya atas kehilangan kasut yang disayanginya pada 30/01/09 semasa menunaikan solat di Megamall. Juga kepada sahabat seperjuangan SRC saya, Airul yang kehilangan handphone, juga pada hari yang sama.

Bermula drp kejadian2 ini, kami mula tertanya2...kerana ketiga-tiga kami ialah ANAK BONGSU!!

1 comment:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...