Saturday, May 30, 2009

23 Tahun...


Saya sedari, lama saya tidak update dakwah penulisan saya ini. Bukan saya TIDAK MAHU, tetapi TIDAK MAMPU...Internet yg agak terbatas di Temerloh membuatkan kebanyakan masa saya tersia dgn cubaan2 mhubungi network2 yg ada di sana.

Alhamdulillah, Allah benarkan saya melepaskan rindu...

30MEI2009
Maka, genaplah usia saya 23 tahun. 23...memberi erti yg sangat mendalam, di mana, ketika saya bertafakur...

23 thn...sekejapnya masa berlalu...rasa baru semalam sy mendaftar sebagai pelajar PASTI.
23 thn...sudah tua rupanya saya...umur sy sudah 2 dekad, 3 thn.
23 thn...saya masih bergelar pelajar, yg masih bergantung ekonomi pd ibu ayah.
23 thn...saya masih lagi SINGLE & AVAILABLE. Bila nak ubah status, belum diketahui, sedangkan kawan2 sudah ramai yg bertukar status =)
23 thn...apa sebenarnya yg telah saya lakukan utk hidup saya di dunia ini yg hanya sekali?
23 thn...saya malu pd Sultan Muhammad al-Fateh dan Salahuddin al-Ayyubi.
23 thn...sejarah apakah yg telah saya lakarkan?
23 thn...saya makin dekat dgn ajal...adakah akan membawa dosa2 yg bertimbun2 itu?..

Air mata mengalir..takutkah saya pd mati???
Cintakah saya pd dunia???

Alangkah bodoh dan menyesalnya saya...

SALAM TAHUN KE 23, RUBIAH.

Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang

Sekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnya

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.

~Usman Awang

Juga..untuk insan yg telah bertarung nyawa melahirkan saya 23 thn yg lepas..KUCARI SYURGA SEORANG IBU


Andainya dapat kuungkapkan
rimbunan bahasa kesyukuran
akan aku persembahkan seluruh taat setia
kerana betapa dari berjuta benih
aku telah dipilih-Nya
menuai tangkai hayat
di rimba rahim seorang ibu.

Andainya dapat kusimpul
aura bahasa pengorbanan
akan aku perhambakan seluruh kudrat
kerana betapa dari degup nadi persenyawaan
aku telah dilimpahi-Nya segala keberkatan
pada takhta hati seorang ibu
meletakkan aku di daerah hijau kehidupan.

Andainya dapat kutenun
fajar musim yang berlalu
akan aku pohonkan takzim
flora bahasa keampunan
kerana walau seluruh perkebunan nurani
mengalir zikrullah dan mujahadah
namun lazatnya syurga
hanya pada ladang bakti
untuk seorang ibu.

~Anjeruby~

9 comments:

arazma said...

slamat hari jadi...semoga usia2 mendatang akan dipenuhi dengan amalan yg lebih baik dari sebelumnya...

Cha Syazana said...

happy belated besday :D semoga dimurahkan rezeki..
slm syg dari syaz -kat umah-

haYaT said...

Happy belated birthday.Moga dipanjangkan umur dalam kebaikan dan dimurahkan rezeki oleh Allah.

Sesungguhnya jasa ibu tiada tolok bandingnya.Tidak terbalas dengan harta dunia.

wardah said...

SELAMAT HARI LAHIR TG KE 23...smg panjang umur,murah rezeki,mencapai apa yg dihajatkan & menjadi muslimah pejuang Islam..amin..

wearelearningparents said...

syukran kpd semua....moga Allah memelihara..

Cucu Dagang (CD) said...

Sanah Helwah! Pastikan KUANTITI umur seiring dengan KUALITI amal.. Semoga terus menjadi serikandi ISLAM.. Sesungguhnya tiada noktah dalam PERJUANGAN ini!

Shahibul Afzan Wahab said...

nje,doa angah yg paling special,semoga cepat bertemu Mr. Right...hehe.

sanah helwah nje.

Hidayah said...

salam.
slmt hr lahir.
moga dlm rahmatnya.
“makin bertambah usia,makin dekat dengan kematian, sama2 refresh amal untuk redha-NYA .."

Suri Suriyani said...

salam...
hehehe...
kite menyambut birthday pada tarikh yg same...cume bezanya sy awal 1 thn dr awak...happy besday ke 23 tuk awak n ke 24 tuk sy...hehehe...

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...