Friday, December 10, 2010

Panduan Menambat Hati Bakal Mertua

Assalamualaikum.. would like to share this info ..hopefully it would help to
improve our relation with in-laws. For single person..perhaps you could read it
as a preparation for your future... :).

"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.
Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.
Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga
seluruh anggota keluarganya.

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak
menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga
mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan cara untuk
menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan
beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula
selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena
gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan
dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui
telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali
luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan
membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu
yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai
tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang
disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan
dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah
menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan
mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak
mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang
pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan
sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita
sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga
harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba
belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil
lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.


7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun
Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan
sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah.
Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang
'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang,
kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di
hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu
mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan
memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,
kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba
sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan
secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi
keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri
supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda
sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar."

** Menyentuh pada perenggan akhir .. lazimnya.. ramai yang bersikap.. satu2
perceraian di antara mereka..bererti.. berakhirnya tali silaturrahim diantara
menantu dan mertua.. Mungkin masing2 punyer pendapat dan alasan tersendiri
mengapa ianya terjadi... tetapi pada pendapa cek...sebolehnya.. jangan kita
putuskan silaturrahim yang telah terjalin..Tak menjadi kesalahan kan, sekiranya
kita tetap bertanya kabar pada orang tua yang melahirkan pasangan kita
(walaupun tidak lagi bersama)sebagai terima kasih or maybe sekadar menghormati
orang yang lebih tua..




2 comments:

Anonymous said...

susah gak erk kahwin,,nanti nak kena jaga ati mak mertue,,ayah mmertue,,biras,,adik ipar,,hehehe

Raudhatul Nadwah said...

Informasi berguna! Terima kasih. =)

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...