Thursday, October 30, 2008
Allah rindu padamu
"Sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan utk menyempurnakan hajat manusia. Apabila seseorang kafir memohon, Allah memerintahkan jibrail agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata2nya. Dan apabila seorang hamba yang muslim, yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan kepada jibrail agar menahan, menangguh dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah rindu mendengar suaranya..."
K.Bariah, dimasyq
Oh, syukran akk...jauh dari Syiria, dia mengirimkan SMS ini, kerana dia tahu, adiknya ini, memang mempunyai masalah. Dan air mata ini mengalir lagi. Bukan tanda lemah, tetapi kerana terlalu rasa jauh denganNya...
Pertemuan dengan k. Bariah semasa menuntut di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu akan sentiasa terpahat di hati...
Aku ingin menjadi SETENANG salsabila. Yang sentiasa MEMBAHAGIAKAN dan MENDAMAIKAN para peneguknya..
Tuesday, October 28, 2008
Engkau Ori, Bukan Fotokopi
Benarkah Cintaku Padamu?
Dia bertanya kepadaku, Adakah kamu mencintai aku. Aku menjawab, Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu. Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku. Aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintaiMu.
Kemudian Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu? Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.
Dia bertanya lagi, Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu? Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati. Aku jawab, Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu.
Dia menyambung lagi persoalanNya, Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu. Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara. Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. Kemudian aku menjawab, Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu. Aku akan tetap memujiMu.
Dan... Dia terus bertanya lagi, Adakah kamu benar-benar menyintaiKu? dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku. Aku menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar.
Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanyakan lagi, Kalau begitu Kenapa kamu masih melakukan dosa. Aku jawab, Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai. Aku tidak sempurna...aku bukan maksum.
Kalau begitu, Kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan Kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan. Kamu terus ingat kepada aku; kamu datang dekat dan merayu kepada aku.
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi,
Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu, dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?
Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti.
Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika aku memberi peluang untuk berkhidmat di jalanKu?
Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi...
Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah aku perkenankan dengan pelbagai cara.
SambungNya lagi,
Kini... adakah kamu menyintaiKu.
Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar. Aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku. Aku merintih,
Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...
kemudian Dia menjawab,
Sifatku pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya aku ampunkannya. Dan aku ampunkan kamu wahai hambaKu.
Aku bertanya kepadaNya,
Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?
Dia menjawab
Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian. Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan aku akan menyayangimu selama-lamanya.
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti Kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam ertikata yang sebenar.
Tuhan, ku harapkanKepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang.
Kehidupan terpelihara..
Hati yang dahaga
mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati,
Bahagia kekal abadi..
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu,
Engkau ciptakan pagar rintangan.
Harga cinta-Mu jiwa ku korban
Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia
Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi
Monday, October 27, 2008
Katakanlah, inilah Jalanku
Entry bulan ini, banyak sikit, kerana:
(a) kebanyakan masa, berada di bilik
(b) wireless yang sangat mantap
Saya menerima satu mesej friendster drp saudara Airul Azizan.
"Ape persediaan utk menjadi student representative council (SRC)?"
Saya terfikir. Saya rasa, susah untuk menjawab soalan ini. Soalan subjektif. Saya tangguhkan utk membalas mesej sahabat sekelas saya ini.Dan sehari selepas itu, saya hanya mampu membalas.. "Solat tahajud, kerana ia dapat memberi kekuatan dalaman."
Ya, bukan senang menjadi seorang SRC. Mesti punyai kekuatan fizikal dan mental. Rohani dan jasmani. Tersilap langkah, satu universiti akan terima padah. Lebih2 lagi, menjadi SRC di UIAM. Sebuah universiti yang menjadi kubu kuat pro mahasiswa sekarang. Tentu lagi banyak ujian, mehnah dan tribulasi yang perlu dilalui. Ada sesuatu yang perlu dibayar untuk jual beli di atas jalan perjuangan ini!
INTERVIEW FOR SRC'S CANDIDATES BY DEPUTY DEAN OF STUDENT AFFAIRS
The students are:
(i) AIRUL AZIZAN B ZAINUDIN (0714409)
(ii) RUBIAH BT ISMAIL (0715700)
Alhamdulillah, sesi interview tersebut telah berlalu. Semua berjalan lancar, walaupun ada killer question diajukan.
Teringat kisah Sultan Muhammad al-Fatih. Teringat juga kisah Salahuddin al-Ayyubi. Saya amat minat menghayati kisah pejuang2 ini. 2 kisah ini, ada persamaannya.Iaitu, karekteristik yang ambilberat dalam memilih pejuang frontliner. Hanya pejuang yang tidak pernah meninggalkan solat tahajud, sunat rawatib dan solat 5 waktu sahaja yang dipilih menjadi calon frontliner. Dan kerana karekteristik yang luarbiasa inilah telah memberi kemenangan kepada umat Islam. Jurusalem berjaya ditawan.
Begitu juga dengan kisah ahli Badar yang sangat mengagumkan, dimana umat islam seramai 313 yang hanya bersenjatakan pelepah tamar berperang dengan 1000 musyrikin yang lengkap bersenjata canggih. Kerana ketaqwaan di hati, kemenangan berpihak pada Islam, di mana tentera dari langit telah dihantar untuk membantu.
Jadi, konklusinya, untuk diberi pertolongan dan kemenangan dalam memperjuangkan Islam, formulanya amat mudah. TAQWA.
biarkan ia menyembuh luka, hilanglah rasa duka.
tidak ku termampu merentasi liku2
oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
oh sungguh ku tak upaya
jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman, kan hancur semuanya
walaupun menitis air mata darah
tak bisa menrubah segalanya melainkan taubat nasuha
moga kan diterima
namun ku percaya masih ada kesudahannya
kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar
rintihan hamba2Nya
kerana sesiapa bertakwa kepada
pasti akan ada jalan keluarnya
rezeki yang tidak disangka2
cukup Allah baginya berkuasa segala2 nya
terima seadanya
Maka, kali ini, saya telah menggariskan TAKLIFAT harian khas utk diri saya sendiri:
Senyum
Solat fardhu berjemaah (5)
Solat fardhu di awal waktu
Solat sunat rawatib
Solat sunat dhuha
Solat sunat hajat
Solat sunat taubat
Solat sunat witir
Tasbih (33x)
Tahmid (33x)
Takbir (33x)
Selawat
istighfar
Ma'thurat pagi & petang
Puasa sunat
Qiamullail
Tilawah quran
Baca buku islami
Bersedekah
Menziarahi sahabat2
Mengulangkaji pelajaran
Kemas bilik
Telefon ibu & ayah
Zikir sebelum tidur & maafkan semua orang
Berazam untuk yang terbaik esok hari
"Dalam riak wajah ada pancaran dakwah, dalam tutur kata ada gema tarbiyyah, dalam gerak langkah ada semangat mujahadah. Kitaa lupakan wajah yang layu, kita tinggalkan bicara pilu, kita kuburkan langkah yang lesu, bangkitlah perjuangan tatkala yang hak mendabik megah & kebatilan akur menyembah, Allah tahu bahawa kita pernah bersama menyeka peluh & air mata, demi Islam tercinta."
Selamat berperang untuk PRK.
Kahwin..Kahwin Lagi
Saya menjenguk ke luar tingkap. Monyet2 berkeliaran. Terlalu dekat dengan bilik saya. UIA ni, sangat bagus, kerana masih memelihara etiologi yang termasuk monyet! Sampah berselerakan. Monyet! Monyet!
Telefon berbunyi.Ibu telefon. Katanya, ingin ke majlis walimah 2 orang sepupu saya. Dan tambah ibu lagi, hari ini shj, beliau mendapat 3 jemputan. 1 jemputan lagi, kawan sekampung saya yang sebaya dengan saya.
Selesai berborak dengan ibu, saya lihat semula sekumpulan monyet. Saya ternampak, seekor monyet yang setia menggendong anak monyet yang kecil. Saya tersenyum.
Kahwin..kahwin..
Sekarang, musim org kahwin. Yelah, sebab musim cuti sekolah, jadi ramailah yang berebut2 memberi kad walimah.
Semua orang bercakap tentang kahwin, walau diambang peperiksaan. Mungkin sengaja, untuk menghilangkan stress stadi.
"Kahwin itu juga satu perjuangan.." kata seorang kawan saya yang jauh berada di Mesir. (Jgn salah faham, kawan perempuan ye).
Seorang kawan saya juga telah "on"kan borang baitul muslimnya. Saya tersenyum lagi.
Kahwin, mamsing2 ada persepsi sendiri. Bagi saya, saya sangat menyokong mana2 kawan2 saya yg ingin mendirikan rumahtangga di usia seawal ini, yang masih bergelut dengan gelaran mahasiswa. Lebih baik berkahwin, drp terlibat dengan couple2.
Benar, bila berkahwin, akan ada tanggungjawab yang perlu digalas. tapi, sampai bila mahu lari drp tanggungjawab?
Berfikir untuk mendirikan rumahtangga, perlu berfikir secara matang. Dan yang penting, mesti ada perancangan. Kerana, ia melibatkan hati orang lain juga.
Kawan2, selamat berkahwin...
(Entry kali ini, agak lari drpd tujuan asal blog ini. Entry ini, hanya sekadar ingin merehatkan otak yang penat... =)
Saturday, October 25, 2008
Doa Nabi Daud a.s
Ya Allah, apa saja yg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".
[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]
Friday, October 24, 2008
Tulusnya Hati Seorang Anak Kecil
Saya membelek.
Kisah seorang anak bernama NELLIE...
"Anak2 ialah duta Tuhan yang dihantar ke bumi untuk mengingatkan manusia tentang cinta, harapan dan kedamaian." J.R. Lowell
Kisah seorang anak yang hanya baru berusia 2 tahun. Yang terlantar di hospital kerana penyakit leukemia. Seorang anak yang telah menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Dia telah diberi rawatan chemotherapy, demi untuk menyelamatkan nyawanya. Kisah ini juga, berkait rapat dengan hubungannya dengan nurse yang menjaganya. Nellie tidak berayah. Hanya ibunya yang sekali sekala datang menjenguk si kecil itu di hospital.
Nurse yang menjaga si kecil itu, sangat menyayanginya. Hampir setiap hari, dia akan membawa Nellie bermain2. Mereka berjalan mengelilingi ward, dan Nellie akan berkata "hai" kepada semua "ick babies" (Nellie pelat huruf S dan H).
Nellie dibesarkan dalam suasana kristian. Namun, hati seorang kanak2, dia tetap mengetahui adanya Tuhan. Bila disebut tentang Tuhan, tentu dia juga akan menyebut "oly God" (sepatutnya Holy God, tetapi dia pelat H).
Apabila nurse yang menjaganya itu selesai memandikannya, memakaikan pakaiannya, dia akan memeluk nurse itu dan menyebut "oly God"..
"Rumah Tuhan besar x?" Jiwa seorang anak, yang sentiasa ingin mengambil tahu.
Suatu hari, Nellie berkata pada nurse itu, "saya akan ke rumah Tuhan..."
Nurse sangat terkejut. Dan dia menjawab, "Semua orang akan berjumpa Tuhan.."
"Saya tahu..."jawab si kecil.
"Mcm mana kamu tahu?"
"Oly God yang bgth.."
Hari demi hari, penderitaan nellie semakin teruk. Chemotherapy gagal membantu. Doktor dan ibunya berbincang tentang rawatan terbaru untuk Nellie. Rawatan yang masih lagi dalam eksperimen. Entah bagaimana, hati seorang nurse yang sedih melihat penderitaan Nellie, tiba2 nurse itu berkata... "Sudahlah, cukuplah...Biarlah Nellie pergi.."
Malam itu, ketika nurse itu datang ke wad, dia melihat, semua mesin2 dan alat2 rawatan telah dihentikan. Mereka ingin menyediakan keselesaan yang penuh kepada Nellie. Badan Nellie makin membengkak. Nurse setia menunggu Nellie di tepi katil kecilnya.
lebih kurang jam 3 pagi, Nellie terbangun dan mengajak nurse itu bermain dengannya. Nellie menyuruh nurse itu mendakap dan mendukungnya. Nurse mendukungnya dan meletakkan kepala si kecil itu ke bahunya...sambil menyanyi perlahan. menghiburkan hati si anak kecil.
Beberapa minit, Nellie mengangkat kepalanya. "Dia berada di sini." Kemudian, dia meletakkan kepalanya semula ke bahu nurse. Nurse tidak lagi dapat merasai hembusan nafas si kecil. Air matanya laju mengalir. Dan dia melihat si anak itu sudah tidak bernafas. Mata tertutup rapat.
Nellie pergi menjumpai Oly God nya..di atas dakapan seorang nurse..
KU INGIN MENJADI SETENANG SALSABILA. YANG SENTIASA MENDAMAIKAN DAN MEMBAHAGIAKAN HATI PARA PENEGUKNYA...
Antara Psoriasis dan Tinea, mana satu?
Paper MSN 1 sudah berlalu. Alhamdulillah. Seronok belajar silibus MSN1 ni. Antaranya belajar tentang autoimmune disorders (SLE, RA), belajar tentang burn, fluid inbalance (hyponatremia, hypernatremia, hypokalemia, hyperkalemia, dll), belajar tentang prioperative,intraoperative,postoperative, penggunaan ubat bius dan pain killer, serta skin disorder.
Sewaktu study tentang skin diorder...
Kurap ape ye dalam medical term? PSORIASIS atau TINEA?
COULD YOU DIFFERENTIATE THEM? WE'LL DISCUSS ABOUT THEM IN THE NEXT ENTRY...
Thursday, October 23, 2008
Selamat Bertukar STATUS
22/11/08
Nadiah (2nd year pharmacy) + Izani (2nd year pharmacy)
07/12/08
Atiqah (2nd year pharmacy) + Zainol Ariffin (2nd year medic)
HIKAYAT ADAM & HAWA
Alunan puisi rindu
Yang berlagu di hatimu
Membisikkan rasa sayu
Bait-bait kesepian
Meronakan keresahan
Dambakan seorang teman.
Tika asyik dalam lena
Di hamparan taman syurga
Impianmu menjadi nyata
Dari rusukmu sendiri
Hawa kurniaan Illahi
Tersedar Adam disentuh cinta
Bagai bermimpi tidak percaya
Siapakah gerangan sesuci kejadian
Adam aju pertanyaan
Ku adalah milikimu meraikan fitrahmu
Jawapan Hawa tersipu
Gembira jiwa tidak terhingga
Alhamdulillah
Namun akalmu terhakis
Diracun hasutan iblis
Musuh insan terwaris
Pohon yang jadi larangan
Buahnya jadi santapan
Terbukalah keaiban
Kesalnya atas keterlanjuran
Taubat dipohon kehadrat Illahi
Kami telah menzalimi diri kami sendiri
Andainya kau tak memaafi
Dan juga merahmati kami
Maka jadilah kami
Kalangan orang yang rugi
Ampunkan kami
Kesalahan kami
Nastagfirullah
Adam dan Hawa
Tersingkir ke dunia
Hukuman penebus dosa
Hawa di timur
Adam di barat
Terpisah jauh berdekad
Akhirnya cinta bertaut semula
Di tanah tandus Arafah
Berkat pengorbanan juga keimanan
Bersemi kasih ke Syurga
Tersingkir bukan hanya kifarah
Tapi permulaan kisah khilafah
Monday, October 20, 2008
Kerana Vlaricella Zoster
Kali ini, seagak saya, sudah 6 orang sahabat saya dijangkiti chicken pox. Hanya dalam tempoh 2 bulan. Nampaknya, virus ini sangat agresif. Alhamdulillah, setakat ini, saya sihat wal'afiat. Orang tua2 kata, kalau waktu kecil kita dah kene, besar2 xkan kena dah. Betul ke??
Menurut apa yang saya blajar, betullah, secara teorinya. Sebab, bila kita dah kene penyakit ni, immune system kita akan ingat dan kenal akan virus ni. Jadi, jika dia serang lagi, immune system kita akan terus lawan balik sebab dia dah kenal siapa musuh dia. HEBAT KAN CIPTAAN ALLAH?....
CHICKEN POX...APAKAH???
Cacar air atau nama glemer CHICKEN POX ialah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit. Ia disebabkan oleh kuman virus (Vlaricellazoster). Hampir semua kanak-kanak akan mendapat penyakit ini. Dalam masyarakat Melayu penyakit ini umumnya dikenali sebagai demam campak.
Cara ia merebak
Cacar air yang mudah berjangkit ini merebak dari seorang ke seorang melalui bersin, batuk, pakaian yang tercemar dan sentuhan ke atas lepuh yang pecah. Gejalanya akan timbul dalam masa 7-21 hari selepas seseorang itu terdedah kepada kuman penyakit ini.
Gejala
Pada lazimnya cacar air tidak menimbulkan sebarang gejala sehinggalah munculnya bintik-bintik ruam atau campak. Sesetengah kanak-kanak akan terasa letih, demam, batuk, selsema dan mengadu sakit perut sehari atau dua hari sebelum ruam yang merah dan rata ini muncul.
Kemunculan Ruam
Biasanya ruam bermula di kulit kepala, muka dan belakang . Tetapi ia juga boleh merebak ke mana-mana permukaan badan. Ia jarang dilihat di tapak tangan atau tapak kaki. Ruam yang timbul adalah lebih kecil dari saiz biji jagung. Ia kadang-kala kelihatan berkerak dan boleh juga timbul di dalam mulut, di atas kelopak mata dan di bahagian kemaluan.
Dalam masa beberapa jam sahaja, bintik-bintik merah ini akan bertukar menjadi lepuh yang kelihatan jernih dan sangat gatal. Lepuh ini menyebabkan mangsanya rasa teramat gatal. Apabila anak anda menggaru, lepuh ini akan pecah dan mengeluarkan cecair. Ia kemudiannya akan kering dan menjadi keruping yang keras. Dalam tempoh kira-kira 2 minggu keruping-keruping ini akan tertanggal. Memandangkan ruam-ruam ini terus keluar untuk selama 2 - 6 hari, bintik-bintik merah yang baru sering kelihatan muncul di samping keruping lama.
Sesetengah kanak-kanak hanya timbul beberapa bintik ruam sahaja di badannya, manakala yang lainnya adalah lebih menyeluruh.
Komplikasi
Lazimnya, komplikasi jarang berlaku. Walau bagaimanapun, cacar air kadangkala boleh menyebabkan penyakit Ensefalitis (lkeradangan otak), Meningitis atau Pneumonia (keradangan paru-paru). Kanak-kanak yang menghidapi kanser atau mereka yang mengambil ubat-ubatan tertentu yang boleh mempengaruhi sistem daya tahan melawan penyakit (sistem imun) merupakan golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi tertentu akibat cacar air ini. Tetapi, masalah yang paling besar yang dihadapi oleh ibu bapa apabila anak mereka mendapat cacar air ini ialah jangkitan kuman pada lepuh-lepuh tersebut.
Pemulihan
Kebanyakan kanak-kanak akan pulih dalam masa kurang dari 2 minggu.
Rawatan
There is no evidence to support the effectiveness of topical application of calamine lotion, a topical barrier preparation containing zinc oxide in spite of its wide usage and excellent safety profile.[9] It is important to maintain good hygiene and daily cleaning of skin with warm water to avoid secondary bacterial infection.
If exposure to varicella in certain 'at risk' populations is confirmed (immunosuppressed individuals, pregnant seronegative women, neonates), anti-varicella zoster immunoglobulin may be given prior to onset of disease symptoms.
Infection in otherwise healthy adults tends to be more severe and active; treatment with antiviral drugs (e.g. acyclovir) is generally advised. Patients of any age with depressed immune systems or extensive eczema are at risk of more severe disease and should also be treated with antiviral medication. In the U.S., 55 percent of chickenpox deaths are in the over-20 age group, even though they are a tiny fraction of the cases.
Pencegahan
Sejenis vaksin telahpun dijumpai untuk mencegah penyakit cacar air yang dipanggil Vaksin Virus Varicella Zoster . Vaksin ini boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur 12 bulan ke atas, remaja dan orang dewasa yang belum lagi mendapat penyakit ini. Adalah penting untuk memberi imunisasi ini kepada remaja dan orang dewasa yang belum mendapat penyakit cacar air, kerana jika jangkitan ini berlaku di kalangan golongan tersebut keadaannya adalah lebih teruk.
Dapatkan maklumat lanjut dari doktor atau anggota kesihatan mengenai perkara ini. Wanita hamil yang tidak pernah mendapat cacar air dan belum penah mendapat imunisasi perlu menjauhkan diri mereka dari jangkitan ini kerana ia boleh memudaratkan bayi di dalam kandungan.
Penjagaan sendiri
-
Matlamat utama penjagaan adalah untuk memberi keselesaan pada anak anda dan mengurangkan rasa gatal yang dialami. Jika tidak, anak itu akan menggaru keruping tersebut dan mendedahkannya kepada jangkitan cacar air seterusnya (sekunder) serta meninggalkan parut yang dalam.
-
Galakkan anak anda supaya tidak menggaru keruping tersebut. Biarkan ia sibuk dengan aktiviti-aktiviti lain.
-
Mandikan anak anda dengan air sejuk tanpa menggunakan sabun setiap 3-4 jam sekali untuk 2-3 hari pertama jangkitan (15-20 minit setiap mandian). Lapkan hingga kering dan jangan menggosoknya.
-
Rendam kain ke dalam air sejuk dan tuam di bahagian yang gatal.
-
Sapu losyen Calamine untuk melegakan gatal-gatal buat sementara.
-
Potong kuku anak anda untuk mengelakkan jangkitan disebabkan lepuh yang pecah. Menggaru ruam berkeruping itu akan meninggalkan parut yang kekal.
-
Sarungkan tangan bayi anda dengan stokin kain kapas jika ia didapati menggaru kudis-kudis tersebut.
-
Basuh tangannya 3 kali sehari dengan sabun anti bakteria untuk mengelakkan jangkitan pada lepuh yang pecah.
-
Tenteramkan anak anda dan pastikan ia tidak terasa panas. Kepanasan dan berpeluh akan menyebabkan kegatalan bertambah teruk. Jauhinya dari cahaya matahari kerana lebih banyak ruam cacar akan timbul pada kulit yang terdedah kepada matahari.
-
Berjumpa doktor dan pegawai farmasi jika kegatalan bertambah teruk dan mengganggu tidurnya.
-
Berikan anak anda parasetamol untuk melegakan demam.
[Catatan: Jangan beri aspirin atau apa-apa jenis ubat yang mengandungi bahan Salisilat kepada mereka yang berumur 19 tahun ke bawah, melainkan atas nasihat doktor. Ini kerana ia dikaitkan dengan Sindrom Reye (satu keadaan yang sangat merbahaya). -
Berikan makanan yang lembut dan cecair sejuk jika terdapatnya kudis di dalam mulut. Jangan beri makanan bergaram atau buah oren kerana ini akan merengsa dan mengganggu kudis-kudis itu.
-
Berikannya air garam suam untuk berkumur (1/4 sudu teh garam kepada 4 aun air) bagi melegakan gatal-gatal di dalam mulut.
-
Tenteramkan anak anda bahawa ruam-ruam itu tidak serius dan pasti akan hilang dalam masa seminggu-dua.
Berjumpalah doktor jika....
Anak anda dijangkiti cacar air dan :
-
Mengalami sakit kepala, muntah-muntah, sensitif kepada cahaya yang terang, sering mengantuk atau menjadi keliru. Ini mungkin merupakan tanda-tanda keradangan pada otak (Ensefalitis).
-
Mengalami masalah pernafasan dan mula batuk. Ini mungkin menunjukkan jangkitan pada paru-paru.
-
Kulit menjadi sakit, hangat dan merah atau ruam cacar pecah dan berair. Ini mungkin disebabkan oleh jangkitan kulit yang serius.
-
Demam melebihi 38.890C yang berakhir lebih dari 2 hari.
-
Gatal-gatal yang teruk dan tidak hilang setelah diberi rawatan di rumah.
-
Terdapatnya ruam cacar di dalam mata.
-
Ruam masih wujud selepas 2 minggu. Ini mungkin bukan cacar air tetapi boleh jadi masalah kulit yang lain.
Sepahit Madu
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan," jawab Fikri.
***
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."
[QS al-Taubah 9:24
Sunday, October 19, 2008
Bila Hidup X Bz..
Malam ini, hujan renyai2. Bila malam tiada mesyuarat @ aktiviti persatuan, rasa pelik pula. Terlekat di bilik, jadi satu keajaiban..
5 minit lepas, Ayu datang menjenguk. "Saja datang tengok awak...Yelah...orang bz kan.." Perli ye, ayu... xpe2.
Bila hidup x bz, maksud saya, bila tiada kejaran aktiviti, rasa mcm xpandai nak gunakan masa pula. Benar sekali kata2 sahabat saya, bila kita sibuk, baru kita tahu bagaimana untuk menghargai masa. Benar..saya akui!
Ya, saya tidak sibuk sekarang... Dan saya tidak mahu tidak sibuk. Saya mahu sibuk.
saya ialah FULL TIME MUSLIM. bukan part-timer sahaja. full time..
Rubiah, kamu mesti jadi sibuk. Kamu mesti hargai masa ini.
IADAH QURAN! (Ya Allah, dah banyak ayat-ayatMu yang aku mula lupa..kembalikan hafalanku ya Allah..)
BACA NOTES! (Kamu kan nak dapatkan 3.5 above. kamu kan nak DEAN LIST)
BACA BUKU ILMIAH (Kamu sudah banyak ditinggal masa. Jadi, kamu mesti guna waktu ini untuk kuasai thaqafah dan juarai isu-isu semasa)
"Dunia Tanpa Suami". Buku yang baru saya beli. Baru separuh saya baca. Tiap helaian yang saya baca, tentu menitik air mata saya. Kisah perjuangan isteri2 yang suaminya di tahanan ISA.
Dan buku ini, baru habis dikhatamkan(Buku yang disarankan oleh saifulislam).Bagus untuk mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Jadi saya ingin sarankan kepada Nadiah dan Izani serta along dan Mr.X (maaf, lupa nama beliau) untuk membacanya..... =)
Buku yang mesti dan wajib dibaca...lebih2 lagi musim exam ini..
Final Exam is Coming
This is your final exam schedule. Please...Please.. and please...
23rd Oct = Medical Surgical Nursing I
28th Oct = Medical Surgical Nursing II
30th Oct = UNGS
31st Oct = Bahasa Melayu Kerjaya
03rd Nov = Medical Surgical Nursing III
10th Nov = OSCE
Good Luck myself. Please remind that you seek that knowledge for Allah's sake.
And remind that... Whoever help His religion, surely He'll help you!
Today, i found this blog and i'm sure that this blog is beneficial for you.
ANGINA PECTORIS http://nursingcareplan.blogspot.com/2007/11/ncp-angina-pectoris.html
Saturday, October 18, 2008
Selamat Datang HISMAT ke UIAM Kuantan
HISMAT (Himpunan Mahasiswa Terengganu) sudah mula bertapak di bumi UIAM Kuantan. Tidak sehebat HISMAT di Gombak. Dan iniliah golongan as-sabiquunal awwalun di UIAM Kuantan:
PRESIDENT: AHMAD YUSOFF BIN AWANG
VICE PRESIDENT I: MOHD ABDUL HADI BIN YUSOF
VICE PRESIDENT II: RUBIAH BINTI ISMAIL
SECRETARY I: AHMAD RUSYDI BIN ALIAS
SECRETARY II: SHAHIBUL AFZAN BINTI WAHAB
TREASURER: WAN SYAHEERAH NABILAH BINTI MOHD RADAI
Maka, tujuan utama HISMAT ditubuhkan di UIAM Kuantan khususnya ialah untuk meneruskan semangat kekitaan sebagai anak2 Terengganu (bukan asobiyyah) supaya dapat saling mengingatkan sesama sendiri kerana arus mehnah dan tribulasi yang amat kuat yang tidak mengenal sesiapa sahaja mangsanya serta untuk menjaga kebajikan anak2 Terengganu di rantau orang (walaupun hanya bersebelahan negeri Terengganu).
Selamat datang HISMAT, semoga kehadiranmu memberi seribu satu manfaat kepada anak2 Terengganu.