Friday, October 17, 2008

Berdakwah Itu Memberi, Membaca Itu Mencari

Alhamdulillah...
KEMPEN MEMBACA BUKU yang biro saya lancarkan sudah berakhir. Kempen yang julung kali diadakan. Saja... Nak tengok, bagaimana insan-insan yang pernah berikrar mahu menjadi amilin untuk Islam respon dengan kempen ini.. (termasuk saya)..

"BERDAKWAH IALAH MEMBERI, MEMBACA IALAH MENCARI." kata saudara Hafizi.

"READ, YOU'LL CONQUER THE WORLD." kata ust shaari pula.

Allah kata, "PROCLAIM (READ)! WITH THE NAME OF YOUR LORD!" (AL-ALAQ).

Malam itu, anugerah as-Syafie telah dikurniakan kepada 6 orang yang membaca paling banyak dalam sepanjang Ramadhan baru2 ini. Dan saya juga berjaya mendapatkan anugerah tersebut. Ini program anjuran saya sendiri!

Siapa yang mendapat anugerah tersebut, saya ucapkan tahniah. Terima kasih kerana sudi memberi respon yang baik terhadap kempen ini.

KENAPA PERLU MEMBACA?

Saya ada membaca buku "Dakwah Fardiyyah" tulisan Ust Nasarudin Tantawi. Buku tersebut saya beli 2 tahun lepas, tapi saya belek lagi buku tersebut pada minggu lepas, kerana saya bukan manusia jenis kuat daya ingatan.

Mahu berdakwah, mesti berilmu...

Bermakna, jika tiada ilmu, manusia tidak akan pandang pada kita. Walau sebelah mata!

Jadi, bacalah! Bacalah! Dan bacalah!

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...