Pagi 1 Syawal, saya pergi awal ke masjid. Ibu yang mahu pergi awal sebenarnya. Mahu duduk di sof hadapan, katanya. Cukup2 selepas solat sunat tahiyyatul masjid, imam mula bertakbir. Kami sama2 bertakbir.
Dalam takbir itu, saya perasan, air mata ibu mengalir. Saya tidak berani menegur ibu. Bagi saya, lebih baik saya biarkan sahaja ibu melayan perasaan. Saya berteka-teki. Mungkin ibu rindu pada anaknya (abang saya yang ke-6) yang berada jauh di Kota Kinabalu. Syawal ini, sudah genap 6 tahun abang tidak pulang2, kerana tanggungjawab kerja di sana. Kerja abang, memerlukan pengorbanan, kerana hari raya ialah hari paling sibuk baginya.
Saya juga sebak bila melihat air mata ibu menitis. Setitik demi setitik. Semalam baru abang telefon. Abang juga menangis. Masakan seorang anak tidak rindu pada ibunya.
Saya mahu hayati benar2 takbir pagi itu. Mungkin ini kali terakhir saya diberi ruang dan peluang seperti ini.
"Tiada Tuhan melainkan Allah. Dia membenarkan janjiNya. Dia menolong hambaNya. (ila akhir)"
Saya terkedu. Alhamdulillah, faham sikit2 bahasa arab. Air mata saya mengalir. Tuhan, tolonglah hambaMu, seperti mana Engkau tolong golongan muslimin dalam perang Ahzab.
Meremang bulu roma bila mengingatkan PILIHANRAYA KAMPUS sudah makin dekat. Layakkah saya sebenarnya? Saya banyak dosa. Saya takut, kerana dosa2 saya, kemenangan untuk Islam ditangguh lagi. Sangat takut.
Saya pandang ibu. Ibu tidak faham tentang pilihanraya kampus ini. Dan, saya tidak mahu menambah resah ibu dengan menceritakan resah hati saya ini.
Seusai solat sunat hari raya, saya peluk ibu. Saya minta ampun dengan ibu. Saya banyak berdosa dengan ibu. Saya tidak mahu ibu menangis. Biarlah kehadiran saya di mata ibu mampu mengganti kerinduan ibu pada abang.
Saya sayang ibu.
Saya sayang Allah dan Rasul.
No comments:
Post a Comment