Kepala saya berasa tepu. Sudah tidak mampu untuk menerima lagi. Mata rasa berpinar-pinar, jemu melihat medical term yang ape2 entah, yang diambil drp bahasa greek itu. Saya rehat sebentar. Otak manusia pun ada hadnya, walau ada bermilion neuron. Inilah tanda lemahnya seorang manusia, jadi jika seseorg manusia berjaya, tidak perlu la mendabik dada mengatakan bahawa kejayaannya itu ialah hasil usahanya. Kerana semua yang berlaku, ialah kehendak Allah.
Saya menjenguk ke luar tingkap. Monyet2 berkeliaran. Terlalu dekat dengan bilik saya. UIA ni, sangat bagus, kerana masih memelihara etiologi yang termasuk monyet! Sampah berselerakan. Monyet! Monyet!
Telefon berbunyi.Ibu telefon. Katanya, ingin ke majlis walimah 2 orang sepupu saya. Dan tambah ibu lagi, hari ini shj, beliau mendapat 3 jemputan. 1 jemputan lagi, kawan sekampung saya yang sebaya dengan saya.
Selesai berborak dengan ibu, saya lihat semula sekumpulan monyet. Saya ternampak, seekor monyet yang setia menggendong anak monyet yang kecil. Saya tersenyum.
Kahwin..kahwin..
Sekarang, musim org kahwin. Yelah, sebab musim cuti sekolah, jadi ramailah yang berebut2 memberi kad walimah.
Semua orang bercakap tentang kahwin, walau diambang peperiksaan. Mungkin sengaja, untuk menghilangkan stress stadi.
"Kahwin itu juga satu perjuangan.." kata seorang kawan saya yang jauh berada di Mesir. (Jgn salah faham, kawan perempuan ye).
Seorang kawan saya juga telah "on"kan borang baitul muslimnya. Saya tersenyum lagi.
Kahwin, mamsing2 ada persepsi sendiri. Bagi saya, saya sangat menyokong mana2 kawan2 saya yg ingin mendirikan rumahtangga di usia seawal ini, yang masih bergelut dengan gelaran mahasiswa. Lebih baik berkahwin, drp terlibat dengan couple2.
Benar, bila berkahwin, akan ada tanggungjawab yang perlu digalas. tapi, sampai bila mahu lari drp tanggungjawab?
Berfikir untuk mendirikan rumahtangga, perlu berfikir secara matang. Dan yang penting, mesti ada perancangan. Kerana, ia melibatkan hati orang lain juga.
Kawan2, selamat berkahwin...
(Entry kali ini, agak lari drpd tujuan asal blog ini. Entry ini, hanya sekadar ingin merehatkan otak yang penat... =)
3 comments:
heh, somehow comel gak monyet2 tuh.
Baru dua hari lepas duk bermain kat level 4 blok kite neh :D
maan najaah
nampaknya dah tak lama lah tu, moga usaha anda diberkati Allah
hmmm.... kak rubi...
Post a Comment