Saya ke bilik Afisya. Sengaja ingin menjenguk apakah aktiviti sahabat seperjuangan saya yang merangkap personal assistant (PA) saya ini. Saya lihat dia sedang menaip. Katanya, ingin menyiapkan tugasan education bureau,NURSS. Tambahnya lagi, dia baru sahaja menangis. Saya terus bertanya, apakah yang telah menyebabkan hati sahabat saya ini terluka. Dia memberi saya buku "Chicken Soup for the Nurse's Soul". Oh, hatinya bukan dilukai, tetapi hatinya terharu membaca kisah yang ditulis dalam buku dari USA itu.
Saya membelek.
Kisah seorang anak bernama NELLIE...
"Anak2 ialah duta Tuhan yang dihantar ke bumi untuk mengingatkan manusia tentang cinta, harapan dan kedamaian." J.R. Lowell
Kisah seorang anak yang hanya baru berusia 2 tahun. Yang terlantar di hospital kerana penyakit leukemia. Seorang anak yang telah menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Dia telah diberi rawatan chemotherapy, demi untuk menyelamatkan nyawanya. Kisah ini juga, berkait rapat dengan hubungannya dengan nurse yang menjaganya. Nellie tidak berayah. Hanya ibunya yang sekali sekala datang menjenguk si kecil itu di hospital.
Nurse yang menjaga si kecil itu, sangat menyayanginya. Hampir setiap hari, dia akan membawa Nellie bermain2. Mereka berjalan mengelilingi ward, dan Nellie akan berkata "hai" kepada semua "ick babies" (Nellie pelat huruf S dan H).
Nellie dibesarkan dalam suasana kristian. Namun, hati seorang kanak2, dia tetap mengetahui adanya Tuhan. Bila disebut tentang Tuhan, tentu dia juga akan menyebut "oly God" (sepatutnya Holy God, tetapi dia pelat H).
Apabila nurse yang menjaganya itu selesai memandikannya, memakaikan pakaiannya, dia akan memeluk nurse itu dan menyebut "oly God"..
"Rumah Tuhan besar x?" Jiwa seorang anak, yang sentiasa ingin mengambil tahu.
Suatu hari, Nellie berkata pada nurse itu, "saya akan ke rumah Tuhan..."
Nurse sangat terkejut. Dan dia menjawab, "Semua orang akan berjumpa Tuhan.."
"Saya tahu..."jawab si kecil.
"Mcm mana kamu tahu?"
"Oly God yang bgth.."
Hari demi hari, penderitaan nellie semakin teruk. Chemotherapy gagal membantu. Doktor dan ibunya berbincang tentang rawatan terbaru untuk Nellie. Rawatan yang masih lagi dalam eksperimen. Entah bagaimana, hati seorang nurse yang sedih melihat penderitaan Nellie, tiba2 nurse itu berkata... "Sudahlah, cukuplah...Biarlah Nellie pergi.."
Malam itu, ketika nurse itu datang ke wad, dia melihat, semua mesin2 dan alat2 rawatan telah dihentikan. Mereka ingin menyediakan keselesaan yang penuh kepada Nellie. Badan Nellie makin membengkak. Nurse setia menunggu Nellie di tepi katil kecilnya.
lebih kurang jam 3 pagi, Nellie terbangun dan mengajak nurse itu bermain dengannya. Nellie menyuruh nurse itu mendakap dan mendukungnya. Nurse mendukungnya dan meletakkan kepala si kecil itu ke bahunya...sambil menyanyi perlahan. menghiburkan hati si anak kecil.
Beberapa minit, Nellie mengangkat kepalanya. "Dia berada di sini." Kemudian, dia meletakkan kepalanya semula ke bahu nurse. Nurse tidak lagi dapat merasai hembusan nafas si kecil. Air matanya laju mengalir. Dan dia melihat si anak itu sudah tidak bernafas. Mata tertutup rapat.
Nellie pergi menjumpai Oly God nya..di atas dakapan seorang nurse..
KU INGIN MENJADI SETENANG SALSABILA. YANG SENTIASA MENDAMAIKAN DAN MEMBAHAGIAKAN HATI PARA PENEGUKNYA...
No comments:
Post a Comment