Thursday, January 08, 2009

Andai Aku Mampu



Tengah hari ini, saya akan pulang sebentar ke Indera Mahkota Campus (IMC) utk mengambil borang utk menjadi calon Student Representative Council (SRC), memandangkan jadual kelas saya di Jalaan Hospital Campus sangat penuh.

Sambil mendengar presentation drp sahabat2 sekelas ttg CHANGES IN AGEING (utk subjek GERONTOLOGY), saya berkesempatan menziarahi blog sahabat2 seperjuangan. Hati saya sedikit bangga kerana kebanyakan penggerak gerakan mahasiswa kampus memiliki blog2 sendiri, dalam menyampai kata hati dan sekali gus kata Islam.

Ramai yang bercerita mengenai GAZA..

Maka, pada saat ini, saya terus berfikir...apa lagi yang perlu saya lakukan utk Gaza...apa lagi..

Maka, bermulalah angan saya...saya kira, ini bukan angan, tetapi ini ialah impian yg perlu saya gapai...

NGO
Saya teringat ilmu2 yg saya dapat drp kelas COMMUNITY HEALTH NURSING. Assoc. Prof. Dr. Aishah bersemangat menceritakan kpd kami bagaimana seorang nurse bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan n kesihatan bg area yg dijaganya..

bagaimana kekentalan seorang nurse dlm menunaikan tggjwbnya. jika terpaksa, menaiki sampan utk ke destinasi yang dituju. Kerja yang amat mencabar, demi menjaga kesihatan masyarakat.

Kehebatan Dr. Asuda dalam bidang pembedahan jantung juga kerana beliau dilatih bekerja di tempat yang sangat mendesak,bekerja bersama NGO ketika perang, itulah yang diceritakan dalam Team Medical Dragon I.

Mulalah saya berangan…alangkah beruntungnya jika saya sudah mendapat lessen, utk berbakti di medan peperangan, seperti di Semenanjung Gaza sekarang. Kerana itulah salah satu tujuan kenapa saya lompat ke bidang ini. Mengambil RUFAIDAH sebagai inspirasi, saya ingin menyumbang kepada Islam dengan cara begitu juga. Berjihad di medan juang dengan membantu satria2 Islam yang cedera…

Itu bukan angan2 kosong tetapi itulah sebuah impian. Impian utk membela ummat Islam yg sudah lama ditindas. Ya Allah, perkenankanlah. Berjual beli dengan Allah itu takkan rugi selamanya..

POLITICAL NURSE



2 hari lepas, saya pergi berjumpa Assoc.Prof.Dr.Aishah, untuk mendapatkan tandatangan pengesahan utk kerja2 pencalonan SRC. Saya terkejut apabila Dr. Aishah menyebut bahawa saya ini akan menjadi ahli politik.

Bila saya terkenang balik, benarlah…langkah pertama saya dalam SRC ini ialah langkah utk menuju kea rah bidang political. Dr. Aishah menggalakkan kami utk terlibat politik, kerana politik itu bukan hanya pilihanraya.

Menurut kata Syeikh Al-Qardhawi, politik itu dimurnikan apabila niatnya ialah kerana Allah n Rasul n utk membela ummah.

4 comments:

Abdul Hakim Bin Baharudin said...

InsyaAllah,jika kita berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajati,Allah akan bukakan pintu2nya.

Shahibul Afzan Wahab said...

insya Allah menang election nanti...
Allahu akbar!

RaNGkuTi said...

tahniah n takziah..!

Mohd Nuruddin Mohamed said...

Selangkah Kaki Di neraka, Selangkah kaki didalam Syurga. Semoga Condong ke syurga.

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...