Wednesday, January 28, 2009

Sebesar Sekepal Tangan itu Berzikir


Pernah melihat jantung manusia secara live? Saya tidak pernah masuk ke dewan bedah lagi, tetapi saya telah melihat jantung manusia secara live, iaitu dalam bilik mayat, ketika kelas anatomy.

Namun, saya sangat teruja dengan cerita Team Medical Dragon I & II, di mana cerita yg datang dr negara matahari terbit ini berjaya membawa penonton utk merasai sendiri debaran2 pasukan perubatan bahagian cardiovascular beraksi dalam dewan bedah.

Tidak rugi menyaksikan drama 11 siri ini, kerana ia bukanlah sejelek Cinta Medik di Malaysia. Tiada unsur percintaan, malah setiap saat penuh dengan input dan sesuai bagi sesiapa yang ingin menonton tv, semata2 utk menambah ilmu pengetahuan. Dan drama 11 siri yang terbaru, juga diterbitkan di Jepun ialah Code Blue, cerita mengenai kumpulan perubatan di bahagian Emergency.

Percayakah anda, bahawa jantung yang berdenyut di dalam badan anda itu hanyalah sebesar sekepal tangan? Jantung itulah yang mengepam darah, utk dihantar ke seluruh badan, di mana di dalam darah itu, adanya oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel2 badan anda.

Jika ia berhenti, maka dalam masa 4 minit...semuanya akan berhenti, terutama otak..

Cuba letak tapak tangan anda di bahagian kiri dada anda, dan rasai degupannya..

Mengikut kajian saintifik, jantung itu bukan berbunyi "dub dub", tetapi ia berbunyi " lub dub". Bunyi ini dihasilkan daripada injap2 yang terdapat di bahagian jantung itu yang terbuka n tertutup.

Tetapi baru2 ini, saya mendapat SMS drp seorang sahabat...
Mengatakan bahawa penemuan terbaru..jantung bukan berbunyi "lub dub"...
Tetapi..

Ia berbunyi "rub rub" sebenarnya.. atau dalam bahasa yang mudah difahami..."Rabb, Rabb.."
yang bermaksud.. Tuhan yang mencipta alam.

Cuba anda letak tapak tangan anda sekali lagi..dan perhatikanlah...dengan mata hati..

Jantung itu sentiasa berzikir, memuji Tuhannya...namun kita?...

2 comments:

Unknown said...

Subhanallah. Memang tak pernah tahu tentang perkara ini sebelum ini. Benar-benar mengingatkan saya tentang agama ini adalah agama fitrah. Lari dari agama ini bererti lari dari fitrah yang sedia dijadikan Allah Subhanahu wa Taala. Kerana itu manusia rosak binasa.

Fitrie Muhammad said...

Subhaanaka Ya Rabb!!subhaanak!

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...