Thursday, April 01, 2010

Cerita Tentang Mimpi


Hampir setiap malam saya bermimpi tentangnya.
Dan setiap kali mimpi itu, saya seolah-olah mahu tetap berada dalam mimpi tersebut.
Pabila tersedar...saya akan berkata
"Oh, itu mimpi rupanya..."
Hati akan sedih, lantas air mata akan mengalir.
Itulah rutin hidup saya akhir2 ini.

Lantas, sejadah dihampar.
Memohon kudrat dan kasih sayangNya.
"Kuatkan imanku, kuatkan imanku...."
"Aku mahu menjadi hambaMu yg redha dgn segala ujian.."

Mimpi itu

Saya sentiasa bermimpi ayah sedar drp koma nya.
Saya sentiasa bermimpi keadaan ayah adalah sebelum2nya.

"Wahai Pemilik Rahmat"
"Jika sepanjang hidupku, ada kebaikan yang pernah lakukan.."
"Maka, Kau hadiahkanlah rahmat dan pahalaMu itu kepada kedua orang tuaku..."
"Kerana, aku tidak mampu membalasnya dgn dunia.."
"Kasih sayang mereka, nilainya melebihi nilaian dunia ini.."
"Catatkanlah nama keduanya di pintu syurgaMu.."
"Kerana, mereka telah menjalankan amanahMu ini dgn sebaik mungkin..."
"Melalui merekalah, aku mengenali keagunganMu..."

hari ke-22, ayah masih koma
dan hari ini, beliau akan menjalani prosedur PEG
percutaneous endoscopic gastrotomy

~Anjeruby~

7 comments:

Unknown said...

Wahai Allah.....Permudahkanlah urusan hamba-hambaMu ini..Hanya Engkau mengetahui apa yang terbaik untuk kami ini..

Kuatkanlah hati kami ini agar kebergantungan kami semakin menggunung dan agar cinta dan harapan kami sentiasa padaMU....

Allah..Allah..Allah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
hana devushka said...

semoga kesihatan ayah k.ruby bertmbah baik..

pSp said...

Banyakkan bersabar, sentiasa berdoa dan janganlah berputus asa...Allah S.W.T tidak akan menguji hamba2-Nya dgn sia-sia,setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...Kami di sini hanya mampu sama2 mendoakan yang tebaik buat dirimu

Hayyi Mohamad said...

salam alaik..mudah2an Allah mempermudahkan segala urusan kak sekeluarga, Dialh yang mencipta sesuatu, Dialah yg menyembuhkan...maaf,blh saya tau sakit ape?

wearelearningparents said...

wsalam. stroke...skrg mash x sedar

Anonymous said...

Salam, K.Ruby..

Sesungguhny Allah bersama org2 sabar..
Sy tahu K.Ruby mmg kuat!

Warmest Regard,
Shbt2 d UKM mdoakan kesihatan dan ketabahan akak sekeluarga.. =)

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...