Monday, April 26, 2010

Eye Clinic


Salam kerinduan

1st time di Eye Clinic atau kat signboard tulis "Klinik Oftalmologi"
Signboard ni, kalau golongan geron (warga emas) ni, sure x faham ni dan sure dah tersesat kalau disuruh pergi ke klinik mata, tanpa pemgawasan anak-anak ni....

Sebab teringat pada kisah emak. Disuruh ke klinik mata, nak check mata, sebab mak ada diabetic. Masa tu, saya tidak dapat temani mak. Dan diceritakan, tidak ramai orang di kawasan sepanjang jalan ke klinik mata tersebut. Maka, melilau lah emak mencari di mana klinik mata.

Nasib baik terserempak dengan seorang staff nurse. Rupanya klinik mata di hadapan mata sahaja...Gara2 di signboard menggunakan medical term.

Sesekali terfikir, ok ke guna medical term dengan target group yang kebanyakannya orang kampung? Mungkin hari ini, agak sukar, tetapi tidak mustahil, 3-5 tahun akan datang, ia tidaklah sesukar ini.

Hari ini, kami hanya belajar cara yang betul mempraktikkan Snellen Chart...O000...baru faham. Selama ini, belajar dalam kelas, susahnya nak faham.

Itulah kelebihan praktikal. Ia adalah pelengkap belajar teori. Saya suka praktikal!!!

p/s : Syazana, Salwa, Rif, Suriana, Kiah, Tasnim dan Eid plak, mcm mana? Suka tak??? ~Anjeruby~

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...