Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).
Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'
"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.
Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."
Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut

.~Open Your Eyes~
5 comments:
orang tiada ilmu bercakap akan menyesatkan..melawan hukum Islam dan berfikir mengikut hawa nafsu syaitan..bahkan golongan ini lebih berbahaya dr iblis dan syaitan
SOL ni pertubuhan ape sebenarnye?xfhm..name jurucakap mcm Islam,tp idea btl2 bercanggah dgn Islam..truk2..macamane pertubuhan cmni blh diiktiraf dlm negara yg dikatakan negara Islam.kan bgs klu hukum Islam dilaksanakan..
Apabila si jahil murakkab berkata-kata, maka yg keluar ialah bau busuk. Jepun pun ada laksana pendekatan macam ni. Jepun berada di Timur Tengah ke?! Jepun maju berapa kali ganda berbanding Malaysia?
Huh, nak bercampur jugak? Mungkin yg bercakap tu akan menyesal berkata demikian apabila dia yg di#!@$%^&*!~.?/>
Apa la tindakan JAKIM, ulama umno terhadap SOL ni ya?! Marahnya!
mari mulakan gerakan LAWAN SOL & SII!!!!
SOL ??
S=Symbol
O=Of
L=Luciferity ??
too harsh, but quite suitable for those who blindly follow the theme of APCO's work. 1Malaysia n 1Indonesia both used apco's service to rectify their name in the eye of the world, at the end, all of the so called leaders used d service will pay extremely high price.... = silently lost of dignity n nation.. vote n advocate them again? what you give you get back..
Post a Comment