Thursday, April 29, 2010

Kalau Dia Adik Anda..?


1Malaysia gempar dengan kisah adik Aminulrashid yang ditembak mati disebabkan oleh kelalaian dan keganasan membabi buta pihak polis.

Masalahnya, ini bukan kes sulung yang melibatkan integriti institusi Polis Diraja Malaysia, malah sebelum-sebelum ini, sudah banyak kes rakyat Malaysia yang tidak bersalah menjadi mangsa polis.

Adakah menjadi polis beerti mendapat lesen untuk membunuh, melakukan keganasan setiap hari??

Sebelum ini, isu Beng Hock masih belum selesai.

Juga Malaysia telah diwarnai dengan isu tahanan A.Kugan yang mati ketika ditahan dilokap. Gambar2nya dirakam.

Bukan itu sahaja, wanita juga pernah menjadi mangsa keganasan polis, apabila Malaysia digemparkan dengan kisah Norizan bt Salleh yang ditembak dan ditendang tanpa simpati oleh sang polis.

Cukuplah kisah-kisah ini. Kami sudah tidak tahan mendengarnya. Harapkan pagar, pagar makan padi...

Bayangkan jika Aminulrashid ialah adik anda sendiri?

Apa yang akan anda lakukan?

ESOK (30/04/10) SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG
SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN

DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM

DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.

SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS
DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.


Atau anda ingin menunggu ia berlaku ke atas diri atau keluarga anda dahulu, barulah anda mahu bertindak??


~Open Your Eyes~

3 comments:

taufiq said...

sedih juga memikirkan masa depan negara yang terlalu banyak kecelaruan yang masih belum selesai, kemudian ditambah-tambah lagi dengan isu-isu yang rumit.

sungguh zaman al-fitan ini penuh kecelaruan.

..::بشرى::.. said...

byknya blg akk..sampai 3..hek3

RubyIsma said...

taufiq: apabila yg bukan ahli ingin memerintah....

busyro: xde la.tintasalsabila dh xde...=(

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...