Friday, January 30, 2009

Penyakit yang Senyap


Akhir-akhir ini, sepanjang tinjauan saya dari bilik ke bilik sahabat2 saya, saya akan tersenyum sendiri, bila melihat masing2 mempunyai bekalan SUSU TEPUNG.

Roomate saya sendiri, Tasnim, yang selama ini tidak suka akan susu mula minum susu.

APAKAH REVOLUSI YANG SEDANG BERLAKU INI?

Semua ini gara-gara OSTEOPOROSIS.

Penyakit yang menyerang mangsa tanpa memberi apa2 signal.
Osteoporosis ialah satu keadaan di mana tulang rapuh. Pernah anda melihat iklan ANLENE, di mana tulang Dato' Michelle Yeoh menjadi rapu separuh?

Osteoporosis lebih menaruh minat kepada wanita. Kerana wanita akan kekurangan hormon estrogen apabila mencapai usia post menopause. Estrogen penting dalam menggalakkan penyerapan kalsium kepada tulang.

Tetapi, jangan ingat lelaki boleh selamat...
Osteoporosis juga minat kepada lelaki.

PREVENTION IS BETTER THAN CURE
Kalsium penting untuk mengelakkan diri drp penyakit senyap ini. Jadi, susu ialah makanan terbaik yang boleh membekalkan kalsium. Selain susu, ada juga makanan2 lain, seperti yogurt, tau fu dll.

Rupanya itulah sebab kenapa sahabat2 saya semua jatuh cinta pada susu.
Belum terlambat utk mengamalkan diet yang seimbang, kerana mengikut kajian, amalan yang sihat seperti pengambilan susu boleh dimulakan sehingga berusia 35 tahun.

Fikirkanlah..jika tulang anda cepat patah, selesakah anda utk menunaikan ibadat? Selesakah anda untuk menunaikan segala tanggungjawab?

Tapi ingat pesan Kayan :"Jangan beli barangan NESTLE!!!"
Ingat juga pesanan Ayunizma: "Boikot ISRAEL!!"


"Jadilah nurse yang dapat memanfaatkan orang lain..."

7 comments:

Beyondlive91 said...

Hi,just think i should check on you

Unknown said...

Ada ilmu pemakanan seimbang tak?

Elokkah jika:
1. Sarapan -- 3 biji telur goreng.
2. Tengah hari -- Nasi lauk berlemak.
3. Malam -- Masakan panas + burger.

Sejak amalkan diet ini, saya dari underweight dan dapat berat badan yang ideal untuk tinggi. Tapi khuatir kesan jangka masa panjang.

Bersenam? Jari saja yang kuat bersenam.

wearelearningparents said...

terkejut ana melihat diet nta ni...hari2 ke menu nta mcm ni? diet sebegini kurang elok. telur sepatutnya 2-3biji SEMINGGU shj, sbb telur banyak kolestrol. nasi lauk berlemak boleh menyebabkan tekanan darah rendah. jika nta seorang atlet, boleh la kalau nak menu mcm ni, tp tu pun, kurang digalakkan.erm, kurus tidak bermakna tidak sihat, gemuk juga tidak bermakna tidak sihat. tidak sihat bermaksud tiada penyakit. seimbangkan diet. jika nta nak jadual diet yg seimbang, ana blh bg.

Unknown said...

Elok juga kalau awak kongsikan jadual diet seimbang sebagai entri blog ini.

Tekanan darah boleh check, kan?
Kandungan gula dalam darah pun boleh check.
Kadar kolestrol, boleh check jugak?
Selain yang tiga ni, apa lagi maklumat kesihatan yang sama penting?

* Orang Malaysia pesan, jaga kesihatan. Makan banyak sikit, sebab masa balik hari tu kurus sangat. Sekali ubah diet, hamik...

wearelearningparents said...

maaf..ada ralat. nasi lauk berlemak tu, boleh sebabkan darah tinggi, bukan darah rendah.

tekanan darah, boleh check.
kandungan gula dlm darah, boleh check
kadar kolestrol pun, boleh check
uric acid pun boleh, mcm2 boleh check.

nak tambah berat badan, senang je. kerapkan makan, tp jgn sekali makan tu, banyak terus. ok, nnt ana masukkan entri suggestion menu yang seimbang.

Anonymous said...

Minumlah anlene..!disarankan untuk wanita malaysia..terutama yg bertubuh kecik seperti k.abel~~

wearelearningparents said...

to : afisya

kamu pun kene minum susu...khas utk org besar jugak

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...