Thursday, April 30, 2009

Demam Virus!!

WHO has raised the pandemic alert level from Phase 4 to Phase 5. Please click on the link below to read the statement from WHO Director-General, Dr Margaret Chan

http://www.who. int/mediacentre/ news/statements/ 2009/h1n1_ 20090429/ en/index. html

Phase 5 is characterized by human-to-human spread of the virus into at least two countries in one WHO region. While most countries will not be affected at this stage, the declaration of Phase 5 is a strong signal that a pandemic is imminent and that the time to finalize the organization, communication, and implementation of the planned mitigation measures is short.

Tuesday, April 28, 2009

Demam oh Demam

Seminggu Allah uji kami dengan demam.
Demam, lidah jadi pahit.
Badan jadi panas.
Kepala berdenyut2.

Saya demam ketika di Selangor.
Jauh drp mak ayah.
Ke Klinik Sri Jaya, duit habis RM30.
Alhamdulillah, Allah sembuhkan..

Mak n ayah juga demam
Mak masuk wad, sbb "syncope attack"
Sehari lepas tu, ayah masuk wad
Sbb denggi...

Bahayanyer...demam

-bersambung-

~Anjeruby~

Friday, April 17, 2009

Jemputan Walimah Saya


Salam.
Jemputan ke walimah, bg sesiapa yg mengenali...

Eh, tajuk entri ni, salah la...
bukan JEMPUTAN WALIMAH SAYA...

tetapi
JEMPUTAN WALIMAH ADIK JUNIOR SAYA..

Erm, nampaknya kene tambah lagi dalam takwim saya ni...

Apa-apaan, boleh la mengunjung ke blog beliau...

~Anjeruby~

Wednesday, April 15, 2009

Bicara Hati Mujahidah Itu


Rahsia cintanya
Hanya Tuhan yang tahu
Kepada-Nya berdoa selalu
Hingga dikatakan jual mahal

Melukainya meresahkan kesal
Sedangkan api cinta marak bahangnya
Pada Allah tersimpan rahsianya
Di luaran dia tenang
Di hati iman ditentang

Antara dua cinta yang saling berebut
Cinta Allah selalu mengunggul
Hari demi hari masa berlalu
Kepada nafsu dipesan selalu

Dikatakan orang diam saja
Sedangkan dia masih remaja
Kata orang mengapa tak punya rasa
Sedangkan dia tetap ceria
Kata orang mengapa dia bahagia
Sedangkan dia tak punya cinta
Kata orang mengapa mantap hatinya
Tapi tiada rijal penguatnya

Rabiatul Adawiyah itulah idolanya
Sumayyah itulah obornya
Khawlah itulah kecemburuannya
‘Atikah itulah kekagumannya
Nusaybah itulah pahlawannya
Fatimah itulah teladannya
Aishah itulah buktinya
Khadijah itulah kebanggaannya

Ya! Ingin jadi Wanita Solehah!
Itu mimpinya di malam hari
Itu angannya di siang hari
Itu bicaranya sehari-hari

Menjadi isteri sentiasa berbakti
Kepada suami bakal berbudi
Pilihan Allah akan terbukti
Ia janji yang sudah pasti!

Ya, Gadis itu!
Tidak takut kehilangan cinta
Biar pelbagai ujian melanda
Lelaki itu perlukan masa
Buat keputusan terbaik
Pilihan terbaik
Calon ibu buat zuriatnya!
Penyeri dunia itulah temannya!
Di Syurga itulah bidadarinya!

Membuat lelaki segan dengannya
Menyedar mereka memainkan peranan
Bahawa wanita bukan mainan
Tetapi mutiara itulah nilaian

Ya, mujahidah itu..
menghitung diri
memuhasabah langkahnya
katanya dia, masih banyak kurangnya!

Mujahidah itu..
Hanya menggeleng..
Tatkala datangnya lelaki menggoda
Hanya bisu berdiam saja
Sentiasa mantap bicara imannya
Tunduk saja itu pandangannya..
Rijal kekasih Allah itulah harapannya!
Pejuang agama itulah pembimbingnya!
Redha ibubapa itulah pilihannya!

Bukan dia tidak punya hati
Tetapi hatinya sudah kelat
Tatkala ummat Muhammad disiat

Hatinya calar-balar
Tatkala jasad saudaranya dikelar

Hati itu ditumbuk lumat
Tatkala kemaluan adik seakidah disumbat-sumbat
Dirogol, dibunuh tanpa ihsan

Mana hati itu tak terkesan
Tak punya masa berkasih-kasihan
Sedangkan runtuhnya moral sudah berzaman
Menjulang Islam bukannya berangan

Mujahidah itu..
Membara semangatnya mantap ukhuwahnya
Bersinar wajahnya terang hatinya..
Pada insan mantap bicaranya
Kepada Allah mengadu hinanya
Di sisi malaikat didoakan bahagia
Tidak dia rasa kekurangan
Sedangkan cukup adanya Tuhan
Tidak dia sepi sendirian
Sedangkan sentiasa bertemankan Tuhan

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar dibezakan
Dialah wanita harapan Tuhan
Kebanggaan umat zaman berzaman

Menjadi gadis sudah fitrahnya
Menjadi pilihan bukan pintanya
Sebagai penyeri itulah hakikatnya
Menjadi khalifah itulah tugasnya

Membuat silap bukan sekali
Namun mengalah tidak sekali
Menjadi seorang mukminat sejati
Itulah usahanya tiap hari

Mujahidahku..
Tetaplah dirimu teguh di medan
Menjadi bidadari sudah impian
Tetap menjejak penuh harapan
Cinta Allah dalam keredhaan
Moga beroleh Syurga idaman

Aamiin.
~Anjeruby~

MenCARI & MenJADI


“Saya sedar saya tidaklah sehebat
Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing
saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab
itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak
memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk
mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa,
mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup
semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung
labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah
seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh
suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia
mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah
kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan
kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu
ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang
soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.
Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas
berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya
rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan
hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang
solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang
solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia
belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si
solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada
JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’
walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita
berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

~Anjeruby~

Setiap Wanita itu Cantik


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang
yang istimewa. Aku membuat bahunya
cukup kuat
untuk menopang dunia; namun,
harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk
mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap tegar ketika orang-orang
lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan
penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-
anaknya dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya bersikap sangat
menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan
melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk
melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui bahwa seorang suami yang baik
takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang
menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi
suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari
pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia
menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari
matanya, kerana itulah pintu hatinya
" tempat dimana cinta itu ada."

kecantikan wanita yang azali..
bukan pada kecantikan luaran
semata-mata……
Selami lah hati wanita mu.. dan
ingat lah…
Setiap Wanita itu Cantik.


~Anjeruby~

The Lowest Peak


15/04/09
Bercuti di kampung

Mood menulis hilang, semata2 utk fokus pada cuti.
Maklumla, nursing student ni, same je ngan medic student. Cuti x banyak..Kadang2 lebih tough drp medic student. Stress tu ada la juga, tp nasib baik Sis. Zabai (Myanmar lecturer, now in Australia, really miss her) dah ajar cara coping stress.

So, cuti yg hanya 6 hari ni, saya nak optimize betul2. Khas utk my parent.

Thanks to Sis. Zabai (Mdm Zabai actually)

~Anjeruby~

Friday, April 10, 2009

Every Difficulty, There is Relief


10/04/09

Syukran kepada sahabat2 yg empathy dengan cobaan yg menimpa saya. Selepas saya membaca "Kisah Cinta dalam al-Quran: Mengenal Cinta Meraih Allah" oleh Tuan Guru, saya rasa tenang..

"Dan Aku telah limpahkan kepadamu kasih sayang yg dtg drpdKu, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu."(Taha)

Inilah sibghah Allah. Tarbiyyah Allah, supaya menthabatkan lagi keyakinan iman kepadaNya. Tekad di hati hanya dia sebaik2 Penjaga..

Takziah Kpd K.Es
5.30am, hari yg sama, bilik kak Es juga dimasuki sang panjang tangan laknatuLlah...Kehilangan 2 dompet dan 1 broadband.

Takziah kepada Rasydan dan Aklil
Rumah sewa dimasuki sang panjang tangan laknatuLlah. Kehilangan dompet, wang program lebih kurang RM1000 dan beg galas di dalamnya terdapat kamera.

Takziah buat Kayan
Yang paling latest, Kayan diragut di traffic light jalan Bukit Ubi ketika pulang dr klinik. Kehilangan dompet, duit rm300, 2 handphones.

Kita doakan agar si pendosa2 itu akan diberi pengajaran yg secukupny dr Allah. Dan kita tingkatkan iman, dan keyakinan bahawa..

"Setiap kesusahan itu tentu ada kesenangan sesudahnya."

p/s: special thanks buat mak, ayah, yayan, tasnim, amy, tiq, khai, ain, syikin, ayu, pahcah, hajaq, farael dan sahabat2 lain.

~sedang mendengar nasyid raihan

ujian adalah tarbiyah dr Allah...

Wednesday, April 08, 2009

W880i & Nokia 2310



Sony Ericsson W880i dan Nokia 2310 saya hilang!

Bangun pagi tadi, jam dinding 5.50am. Terus keluar dr bilik, ke bilik air mengambil wudhuk. Sebelum keluar, pintu bilik terkunci. Bermakna room mate saya mengunci pintu itu sebelum tidur semalam.

Balik dari bilik air, terus masuk bilik. Tiada apa2 kejadian yang pelik berlaku.

Ketika kemaskan katil, perasan sony ericsson w880i tiada atas katil. Mungkin jatuh bawah katil, saya husnu zhon.

Jam 6am.

Sepatutnya sony ericsson w880i itu akan berbunyi kerana saya telah set alarm clock pukul 4 am dan 6am.

Saya mula mengingati..Ya, pukul 4am tadi, ia berdering. Roomate saya juga mendengarnya. Bermakna ia masih di sini pd saat itu. Kalau terjatuh sehingga ter switch off, alarm clock tentu akan berbunyi juga.

Pelik.

Saya jengah sisi katil. Tiada.

Saya ke meja study. Dan saya terlihat earphone nokia 2310 tersengih di bucu meja. Mana nokia 2310? Semalam saya pasang earphone pada nokia 2310 kerana saya selalu mendengar ikim.fm menggunakan nokia 2310.

Saya mula gusar.

Solat subuh dulu.

Selepas itu, terus saya kejutkan yayan. Ingin pinjam telefon dia, utk miskol sony ericsson w880i.

"The number you have dialed....."

Oh...tidak...

Subuh makin berlalu dan saya terus berjumpa khairani, tiq dan ain.

Memang kedua hp saya telah hilang..dicuri ketika saya ke bilik air, mungkin...

Saya merasa sangat geram. Saya cuba pujuk diri utk sabar dan tabah, lebih2 lagi, saya ada peperiksaan petang ini.

Jika saya dapat org itu, saya mahu potong tangannya...Sanggup dia buat begitu pada saya yang miskin ini....

Tuesday, April 07, 2009

Insafilah dan Isilah


Setiap sesuatu ada pasangannya. Ada malam, mest ada siang. Ada panas, mesti ada sejuk.. Dan ada kalah, tentu ada menang..

Ucapan tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana masih mengekalkan pengaruh kepimpinan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Apa yang menggerakkan hati saya utk menulis ialah saya mendapat mesej drp Ketua Nisa' Terengganu, yang mesra dipanggil K. Ani.

"Ok. jaga diri molek, study elok2 pas habis nanti leh berjuang dgn kami bersama.."

Syukran ya Allah...
Nikmat ukhuwwah dalam perjuangan amat manis. Gula x diperlukan lagi...

Dan atas kemenangan ini, saya sujud syukur...

Monday, April 06, 2009

Bonding of The Most Genuine Love


06/04/09

Pernah terdengar tentang "instinct message"?

Entri kali ini, saya mahu anugerahkan kepada insan yang bernama ayah dan emak.

"Ya Allah, duit dah nak habis. Tiket balik kampung x beli lagi ni.." Saya mengeluh sendirian setelah melihat wang simpanan dalam bank sudah di tahap tidak dapat dikeluarkan lagi.

Tangan melihat telefon. Mahu ditekan atau tidak nombor ini. Mahu. Tidak mahu. Malu... Malu untuk meminta lagi.

Telefon berdering dgn nada "My Mother" alunan group Yusuf Islam.

"Ada duit x?"
"Mcm mana peperiksaan tadi? Boleh jawab? Ayah bangun tahajjud, buat doa khas supaya Allah mudahkan menjawab soalan."

Saya terkedu. Ayah dapat merasai naluri anaknya!
Inilah instinct message yang paling berjaya di dunia. Bonding of love yang wujud ketika kita semua masih di tulang sulbi dan taraa'ib mereka.

Bahagia saat ku melihat kau tersenyum
Terharu ku melihat mu berlinang air mata

Ibuku kau kan selalu ku cinta
Ayahku kau kan selalu ku banggakan

Tak sedikit hatimu sakit keranaku

Tapi tak pernah kau membenci diriku
Meski banyak pengorbananmu untukku

Tapi tak pernah pula kau mengeluh


Ya Allah sayangilah mereka

Ayah bondaku yang telah menyayangiku

Kusedari ku tak pernah bisa bahagiakan
Tapi kumohon bahagiakanlah mereka


Ayah, bondaku
Maaf kami yang hanya bisa membebanimu

Tapi ku yakin kebaikan hatimu kan menjadi saksi
Kebesaran hatimu di hadapanNya

Sunday, April 05, 2009

me gusta aprender esta lengua


05/04/09

me gusta aprender esta lengua. es me hacen parecer soy una muchacha brillante cuando yo aprendiendo lenguas de los otros. es correcto que cuando aprendemos el idioma extranjero, triunfaremos aquella raza.

sé que usted no entiende lo que he dicho.yo podría murmurar usted cuando sé su debilidad. tan, precávase de mí!

toda la mejor y buena suerte!!

[Ini bahasa spanish yang baru saya belajar]

Value Laden


05/04/09

Saya suka meminjam kata2 seorang novelis America, Mark Twain:
"The only way to keep your health is to eat what you don't want, drink what you don't like, and do what you'd rather not."

Is it true? Or just a theory that based on observation or just a phrase, a sarcastic phrase??

Saya membuka email saya. Hari ini, genap 3 hari email saya tidak dibuka, kerana tiada perasaan utk membuka dan menatap surat2 yg tiba. Ada lebih kurang 150 surat dalam masa 3 hari. Semuanya surat2 drp web2 kesihatan langganan saya seperti Midwifery, Orthopaedic Nursing, Obstetric & Gaenecology,dan Nursing Research.

Saya teruja utk membaca semuanya, namun tidak mampu krn banyak lagi perkara2 yg perlu saya tatap. Saya biarkan surat2 itu di dlm peti surat dgn harapan saya boleh membacanya di masa lain.

Semuanya berkitar perubatan. Dan saya akui, ilmu perubatan adalah antara ilmu yang sangat pesat berkembang, seiring ilmu teknologi.

Namun, semua itu tidak berguna jika manusia hanya mengagungkan philosophy of science itu. Moral dan etika dilupakan. Dalam Islamic Philospohy of Science (IPoS), moral dan etika harus seiring dgn perkembangan science krn tamadun manusia bukanlah bergantung kpd science itu shj.

Dan..inilah yang dipanggil VALUE LADEN.

Teringat kata2 Einstein,
"Agama tanpa sains, pincang... Sains tanpa agama, buta.."

~Anjeruby~

Saturday, April 04, 2009

Tsunami of Geriatric Wed


Mula2, saya ingin ucapkan mabruk kepada mempelai yg baru shj mendirikan rumah tangga : Abang Din (Mantan YDP DQ 03/04, Diploma) dan kak Sarah Najib (Persijilan DQ 03/04).

Saya teringat ketika ter temu abang din di ruang maya dan saya telah bertanya ttg soalan bonus ini. Dan abg Din menjawab:

"Ana nak cari pramugari, on the way naik kapal terbang balik malaysia"

Rupanya, inilah pramugarinya... Pramugari di rumah...

Ibarat tsunami sekejap. Berebut2 mhantar kad jemputan walimah. Sehingga khai bercadang utk membeli photo album yg besar, utk dijadikan wedding card scrapt book.

Dan berduyun2lah soalan bonus tertujah atas diri2 kelahiran 1986 di kelas 2nd year nursing (memandangkan separuh drp kelas kami dilahirkan 1986 dan separuh lagi 1987). Maklumlah, 1986 selalu dikutuk sbg golongan geriatric (orang tua) dlm kelas. Sbb tu la tajuk entri ini "Tsunami of Geriatric Wed". Hanya orang yg rasa matang dan geriatric aje yg layak melangkah ke alam baru.

"Bila lagi...?"
"Macam mana ni...kuliyyah of nursing dah kalah ni dlm pertandingan kahwin awal.."
Macam2 soalan, tetapi konsep yg sama.

Tersenyum sipul2 lah 1986. Nak buat mcm mana...xde jodoh lagi..Tunggu la. masanya akan tiba juga. Tapi kalau 1987 nak dulu, silakan...

Ada 1986 mencadangkan agar membuat takwim. Takwim khas kronologi perkahwinan.

02/05 : K. Dayah & Ust Elmi
09/05 : Ust Elmi & K. Dayah
31/05 : Nabilah & Ust Hafizbad
04/06 : K. Tasnim & Solahasni

05/06 : K. AC & A. Azreen
06/06 : Solahasni & K.Tasnim
A. Azreen & K. AC
07/06 : Dr. Sarah & Dr. Rif'an
09/06 : K.Lynn & Hakimi
13/06 : Dr. Rif'an & Dr. Sarah
27/06 : Maryam alBatul & Al-Athiq

Erm...penuh..dah x boleh masuk agenda lain dah..

Bagi 1986, janganlah stress2 dgn soalan2 tejahan tersebut. Saya tertarik dgn entri TG, "Mencari VS Menjadi".

Buat masa ini, sebelum tibanya jodoh yg dijanjikan...cubalah menJADI..

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kukuh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Harungi bersama samudera dunia

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah selalu syukur padaNya

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Harungi samudera kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya


~Anjeruby~

Friday, April 03, 2009

Negligence or being neglected?


28/03/09

Esok 1st paper final exam sem 4. Banyak lagi yang x study ni...Tengok buku LeMone & Burke ni, rasa mcm nak makan je..Tiba2 selera bertambah, mula la rasa polyphagia n polydipsia. Tp nnt, takut polyuria la pula...

Inilah cabaran, berada di fakulti yang berbeza dgn fakulti sistem semester lain. Exam period lain, vacation period x sama dan mcm2. Cuba bayangkan, kita exam di masa majoriti students tidak exam. Meeting tetap diteruskan, program2 tetap tidak berhenti..Sangat mencabar.

Tp ada lagi peristiwa yang sangat2 mencabar. Iaitu ketika clinical posting di Temerloh baru2 ini. Last day.

Tiba2 seorang staff nurse suruh saya pergi ambil IV tube dalam stor. Dia siap suruh saya berlari lagi. Masa tu, saya dapat rasakan, tentu ada emergency case.

Kemudian, saya datang cepat2 ke acute cubical. Rupanya doc tengah bagging. Saya nampak Ain tengah bersusah payah perform cardiopulmonary resuscitation (CPR). Saya hanya memerhati. Seorang lelaki cina berusia 50-an terbaring kaku. Loss of conciousness.

Lebih 1 jam kami berusaha menyelamatkan nyawanya. Saya yang tidak ambil lagi lesen CPR pun, disuruh doc utk compress bahagian dada pesakit tersebut.2 kali doc berusaha intubate, namun tidak berjaya. Terpaksa memanggil anesthatist. Dan akhirnya, intubation berjaya. CPR diteruskan. Namun, sudah disuratkan, nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Saya mendengar suara tangisan keluarganya. Saya kira, 1 wad mendengarnya, kerana menurut Aishah yang berada di cubical paling belakang, dia turut mendengar raungan keluarga pesakit tersebut.

Tp, keluarga tersebut tidak dapat menerima hakikat kematian lelaki itu. Mereka mula menyalahkan staff nurse. Tp tuduhan mereka, tidak tepat.

Akhirnya, kami, student nurse yang menjadi mangsa. Kerana 20minit sebelum itu, sahabat saya, Asyikin, Ain dan Saidah mengelap (sponging) badan pesakit tersebut.

Mereka dipersalahkan...

Maka, turunlah Pengarah hospital, matron2 dan sister2.

Menjawablah kami.

Drp apa yang shbt2 saya jelaskan, saya yakin, kematian itu bukan punca mereka. Pernafasan pesakit itu disambungkan dengan BIPAP, tetapi mereka sedikitpun tidak membuka BIPAP tersebut, apatah lagi mengiringkan badan pesakit. Mereka hanya mengelap2 shj, supaya badan pesakit tetap terjaga kebersihannya walaupun tidak sedar.

Tp, kenapa mrk dipersalahkan?

nasib baik kami sudah belajar Grieving stage.

DABDA

D=deny
A=anger
B=blame
D=depressed
A=accept

Kami tahu, ketika itu, keluarga tersebut diperingkat Blame. dan kami hadapinya dengan tenang, kerana kami tahu, bukan salah kami...

Setiap yg bernyawa, pasti akan mati...tp bagaimana mahu memberitahu kepada keluarga cina tersebut?..

Inilah pengalaman yang amat bernilai...
~Anjeruby~

First Day in K12

16/03/09

Hari ini, my 1st day in K12. Suasana agak suram, sepi, sunyi.

Dan mood kami, decrease drastically.

No..we cant let the environment changes us, but we must change the environment.

Kerana ini hari pertama di wad baru, kami merayau, untuk membiasakan diri dengan situasi wad. Sepatutnya staff nurse akan orientasi, tetapi hari ini, mungkin mrk kekurangan kaki n tangan. Jadi, kami orientasi diri sendiri.

Pergi ke MOPD di klinik pakar. Hairan. Kenapa tidak ramai org di klinik? Biasanya, tentu sibuk klinik ni, mcm stesen bas puduraya, tp hari ni, lengang...

I found new case (its new in my life) sbb x study lagi bab ni...CEREBRAL PALSY.

Assist in Peritoneal dialysis (PD). While doc inserted branula at patient's internal jugular vein, he asked me that what are the indications for inserting branula at external jugular vein?

Otak laju berfikir. As a student, saya mesti menunjukkan kecerdikan, bukan kebodohan.

External jugular vein running down to the neck to the subclavian vein...

Dan saya jawab: untuk central venous pressure (CVP), total parenteral nutrition (TPN) and hemodialysis!

And he said..."bagus la u all.."

Hari ini, saya percaya...1st impression is one of the important things that someone should express in a new day.

kerana..

Ia mempengaruhi pandangan manusia terhadap anda. SALAM OPTIMIS!

~Anjeruby~

Ku Cari Damai Abadi - Abdullah Badawi


Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti

Menikmati damai abadi


Selamat tinggal P.Lah..


I'm waiting for our new 6th Prime Minister's poem...

Virus "Yes Man" Rosakkan Mahasiswa

Buku karangan Syeikh Yusof a-Qaradhowi, Aulawiyyat al-Harokah al-Islamiyyah Fi al-Marhalah al-Qadimah menarik perhaitan penulis. Betapa beliau menjelaskan kepentingan ijtihad-ijtihad baru berkaitan strategi atau taktikal dalam organisasi dan dakwah. Pembaharuan sedimikian sangat penting dalam menghadapi cabaran semasa.

Jika kita lihat, Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada nabi Nuh dalam pembinaan bahtera agung kerana sesuainya suasana ketika itu di mana masyarakatnya mahir dalam pertukangan. Nabi Musa pula dianugerahkan tongkat sebagai mukjizat bersesuaian dengan masyarakat zamannya yang terjebak dengan ilmu kesihiran. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati bersesuaian dengan keadaan masyarakatnya yang mahir dalam bidang perubatan. Manakala Nabi kita Muhammad s.a.w. diberikan mukjizat agung iaitu al-Quran mengatasi syair-syair hebat zaman Jahiliyyah.

Kembali kepada situasi mahasiswa hari ini. Pemikiran "yes man" yang membelenggu mahasiswa akibat kemalasan berfikir dan tidak berani mengemukakan pandangan akan menyebabkan pemikiran mahasiswa tidak dapat mendepani zaman. Paling menyedihkan apabila dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan, tidak ada respon yang keluar di kalangan ahli mesyuarat. Hanya diam seribu bahasa. Nampak seolah-olah bersetuju, namun ada pula mesyuarat di luar bilik mesyuarat. "Ana rasa macam tak setuju la pandangan tadi........, apasal pelik sangat cadangan tadi?......kenapa pengerusi mesyuarat tidak menyusun begini........" dan lain-lain lagi.

Mahasiswa sebegini hanya berperanan sebagai "pengangguk" (maaf, mungkin agak kasar bunyinya) apabila mendengar sesuatu pandangan, arahan dan berita. Maka, pemikiran mereka tidak terasah dan bersifat statik berbanding zaman yang semakin melaju. Virus ini akan meninggalkan kesan mendalam pada masa akan datang dalam pembentukan "future leader" yang diimpikan.

Pertemuan bersama al-akh Rijalul Imam dan Mohan dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) memberikan gambaran kepada penulis betapa mahasiswa Indonesia rajin berfikir dan sentiasa bersedia memimpin masyarakat. Susilo Bambang akan turun bertemu mahasiswa apabila ada luahan ketidakpuasan hati dari mahasiswa di sana. Beliau tidak menghalang mereka mengkritik kerana beliau tahu pemikiran sebegini menunjukkan mahasiswa di sana berfikir, ada sensitiviti dan ada idealisme yang hendeak diperjuangkan. Walaupun mungkin ada pandangan yang salah, namun beliau yakin pemikiran dan tindakan mahasiswa berguna untuk masa akan datang.
Maka program dan aktiviti yang bersifat brainstorming perlu diperkasakan dan diperbanyakkan. Biarkan pandangan yang diberikan mungkin salah pada awalnya, namun ianya lebih baik dari mereka yang berdiam diri dan bersikap "yes man". Justeru, penulis sentiasa menyeru diri penulis dan pembaca sekalian agar tarbiyyah fikriyyah tidak dikesampingkan. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan :

Analytical thinking (mahasiswa perlu rajin menganalisa)
Critical thinking (kritikan mampu membina pemikiran)
Creative thinking (perlu membawa ideal-ideal baru yang bernas)
Constructive thinking (pemikiran dan pandangan juga perlu bersifat membina)

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"

Oleh : Mohd Idris Bin Mohd Yussoff,

Kisah Cinta

Alhamdulillah, pagi ini, saya ingin luangkan sedikit masa dgn alam maya ini. Bukan kerana apa, tp kerana hari ini, berlaku lagi 1 sejarah penting dlm kantur hidup di Malaysia.

PERTUKARAN KEPIMPINAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Saya juga tertarik utk membaca blog2 yang saya link dalam blog saya ini. Sudah banyak yg update.

Tertarik dgn isu walimah dlm blog angah...

Pastinya, saya juga menerima bilangan undangan yang sama. Namun, seperti tahun2 lepas, saya hanya dapat mengirim hadiah mabruk sahaja, kerana bg saya ketika itu, disibukkan dgn amanah "berkhidmat pada ummah" di Hospital Temerloh.

Namun, pada kali ini, rasa bersalah amat menebal pd sahabat2. InsyaAllah, saya akan cuba pergi juga walimah beberapa org sahabat, walau masa amat menekan. Inilah tarbiyyah hidup. Tidak kerja lagi, sudah sibuk dgn kerja..

Pastinya, dalam fatrah exam bagi kuliyyah saya ini, tentu isu semasa kami, ialah mengenai "jodoh".

Dan mata saya terpandang buku TG Nik Abd Aziz yang sudah lama saya beli, tp sampai sekarang belum habis dihadam, "Kisah Cinta Dalam al-Quran".

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" krn ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan2 menjadi "taboo" dr dikupas rahsianya biarpun oleh org sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib ttp roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana2.

Cinta ialah sebuah hadiah kudus ciptaan Allah. "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." (ali-imran,31).

Jalinan rindu yg berselirat dan berpintal2 itu pula langsung melahirkan keasyikan. Francois Duc de La Rochefoucauld berkata "true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen."

Selamat membaca.
Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...