Monday, April 06, 2009

Bonding of The Most Genuine Love


06/04/09

Pernah terdengar tentang "instinct message"?

Entri kali ini, saya mahu anugerahkan kepada insan yang bernama ayah dan emak.

"Ya Allah, duit dah nak habis. Tiket balik kampung x beli lagi ni.." Saya mengeluh sendirian setelah melihat wang simpanan dalam bank sudah di tahap tidak dapat dikeluarkan lagi.

Tangan melihat telefon. Mahu ditekan atau tidak nombor ini. Mahu. Tidak mahu. Malu... Malu untuk meminta lagi.

Telefon berdering dgn nada "My Mother" alunan group Yusuf Islam.

"Ada duit x?"
"Mcm mana peperiksaan tadi? Boleh jawab? Ayah bangun tahajjud, buat doa khas supaya Allah mudahkan menjawab soalan."

Saya terkedu. Ayah dapat merasai naluri anaknya!
Inilah instinct message yang paling berjaya di dunia. Bonding of love yang wujud ketika kita semua masih di tulang sulbi dan taraa'ib mereka.

Bahagia saat ku melihat kau tersenyum
Terharu ku melihat mu berlinang air mata

Ibuku kau kan selalu ku cinta
Ayahku kau kan selalu ku banggakan

Tak sedikit hatimu sakit keranaku

Tapi tak pernah kau membenci diriku
Meski banyak pengorbananmu untukku

Tapi tak pernah pula kau mengeluh


Ya Allah sayangilah mereka

Ayah bondaku yang telah menyayangiku

Kusedari ku tak pernah bisa bahagiakan
Tapi kumohon bahagiakanlah mereka


Ayah, bondaku
Maaf kami yang hanya bisa membebanimu

Tapi ku yakin kebaikan hatimu kan menjadi saksi
Kebesaran hatimu di hadapanNya

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...