Friday, April 03, 2009

Kisah Cinta

Alhamdulillah, pagi ini, saya ingin luangkan sedikit masa dgn alam maya ini. Bukan kerana apa, tp kerana hari ini, berlaku lagi 1 sejarah penting dlm kantur hidup di Malaysia.

PERTUKARAN KEPIMPINAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Saya juga tertarik utk membaca blog2 yang saya link dalam blog saya ini. Sudah banyak yg update.

Tertarik dgn isu walimah dlm blog angah...

Pastinya, saya juga menerima bilangan undangan yang sama. Namun, seperti tahun2 lepas, saya hanya dapat mengirim hadiah mabruk sahaja, kerana bg saya ketika itu, disibukkan dgn amanah "berkhidmat pada ummah" di Hospital Temerloh.

Namun, pada kali ini, rasa bersalah amat menebal pd sahabat2. InsyaAllah, saya akan cuba pergi juga walimah beberapa org sahabat, walau masa amat menekan. Inilah tarbiyyah hidup. Tidak kerja lagi, sudah sibuk dgn kerja..

Pastinya, dalam fatrah exam bagi kuliyyah saya ini, tentu isu semasa kami, ialah mengenai "jodoh".

Dan mata saya terpandang buku TG Nik Abd Aziz yang sudah lama saya beli, tp sampai sekarang belum habis dihadam, "Kisah Cinta Dalam al-Quran".

Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" krn ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan2 menjadi "taboo" dr dikupas rahsianya biarpun oleh org sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib ttp roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana2.

Cinta ialah sebuah hadiah kudus ciptaan Allah. "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." (ali-imran,31).

Jalinan rindu yg berselirat dan berpintal2 itu pula langsung melahirkan keasyikan. Francois Duc de La Rochefoucauld berkata "true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen."

Selamat membaca.

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...