Saturday, April 04, 2009

Tsunami of Geriatric Wed


Mula2, saya ingin ucapkan mabruk kepada mempelai yg baru shj mendirikan rumah tangga : Abang Din (Mantan YDP DQ 03/04, Diploma) dan kak Sarah Najib (Persijilan DQ 03/04).

Saya teringat ketika ter temu abang din di ruang maya dan saya telah bertanya ttg soalan bonus ini. Dan abg Din menjawab:

"Ana nak cari pramugari, on the way naik kapal terbang balik malaysia"

Rupanya, inilah pramugarinya... Pramugari di rumah...

Ibarat tsunami sekejap. Berebut2 mhantar kad jemputan walimah. Sehingga khai bercadang utk membeli photo album yg besar, utk dijadikan wedding card scrapt book.

Dan berduyun2lah soalan bonus tertujah atas diri2 kelahiran 1986 di kelas 2nd year nursing (memandangkan separuh drp kelas kami dilahirkan 1986 dan separuh lagi 1987). Maklumlah, 1986 selalu dikutuk sbg golongan geriatric (orang tua) dlm kelas. Sbb tu la tajuk entri ini "Tsunami of Geriatric Wed". Hanya orang yg rasa matang dan geriatric aje yg layak melangkah ke alam baru.

"Bila lagi...?"
"Macam mana ni...kuliyyah of nursing dah kalah ni dlm pertandingan kahwin awal.."
Macam2 soalan, tetapi konsep yg sama.

Tersenyum sipul2 lah 1986. Nak buat mcm mana...xde jodoh lagi..Tunggu la. masanya akan tiba juga. Tapi kalau 1987 nak dulu, silakan...

Ada 1986 mencadangkan agar membuat takwim. Takwim khas kronologi perkahwinan.

02/05 : K. Dayah & Ust Elmi
09/05 : Ust Elmi & K. Dayah
31/05 : Nabilah & Ust Hafizbad
04/06 : K. Tasnim & Solahasni

05/06 : K. AC & A. Azreen
06/06 : Solahasni & K.Tasnim
A. Azreen & K. AC
07/06 : Dr. Sarah & Dr. Rif'an
09/06 : K.Lynn & Hakimi
13/06 : Dr. Rif'an & Dr. Sarah
27/06 : Maryam alBatul & Al-Athiq

Erm...penuh..dah x boleh masuk agenda lain dah..

Bagi 1986, janganlah stress2 dgn soalan2 tejahan tersebut. Saya tertarik dgn entri TG, "Mencari VS Menjadi".

Buat masa ini, sebelum tibanya jodoh yg dijanjikan...cubalah menJADI..

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kukuh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Harungi bersama samudera dunia

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah selalu syukur padaNya

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Harungi samudera kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya


~Anjeruby~

7 comments:

Chanana said...

salam..alala kak ruby cayang.. nape pgl sndr "golongan geriatric" pulak ni.. yang "muda2" tu takkan pgl paeds pulak ;p

Rubiah Ismail said...

golongan muda2 tu....kita panggil "chirrosis"..hehe..termasuklah chanana..irreversible. jalan sehala...never back to yesterday..hehe

Chanana said...

cehhhhhhhhhhhhh..

Hamasyie Alkarrar said...

chanana ja yang chirrosis..
apa la kak rubi ni..chirrosis plak kat syaz..
Memang 87 nak kena habiskan yang 86 dulu..
baru tak membazir namanya..

RaNGkuTi said...

eh, kata kak ruby 31hb, nape tak masukkan dalam takwim??? :-P

Azan Subuh said...

angah baru tau kak sarah dan maryam pun nak kahwin...

Rubiah Ismail said...

sebenarnya, 31hb jun, xde dalam kalendar...sbb tu x boleh masukkan..

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...