Friday, April 03, 2009

Negligence or being neglected?


28/03/09

Esok 1st paper final exam sem 4. Banyak lagi yang x study ni...Tengok buku LeMone & Burke ni, rasa mcm nak makan je..Tiba2 selera bertambah, mula la rasa polyphagia n polydipsia. Tp nnt, takut polyuria la pula...

Inilah cabaran, berada di fakulti yang berbeza dgn fakulti sistem semester lain. Exam period lain, vacation period x sama dan mcm2. Cuba bayangkan, kita exam di masa majoriti students tidak exam. Meeting tetap diteruskan, program2 tetap tidak berhenti..Sangat mencabar.

Tp ada lagi peristiwa yang sangat2 mencabar. Iaitu ketika clinical posting di Temerloh baru2 ini. Last day.

Tiba2 seorang staff nurse suruh saya pergi ambil IV tube dalam stor. Dia siap suruh saya berlari lagi. Masa tu, saya dapat rasakan, tentu ada emergency case.

Kemudian, saya datang cepat2 ke acute cubical. Rupanya doc tengah bagging. Saya nampak Ain tengah bersusah payah perform cardiopulmonary resuscitation (CPR). Saya hanya memerhati. Seorang lelaki cina berusia 50-an terbaring kaku. Loss of conciousness.

Lebih 1 jam kami berusaha menyelamatkan nyawanya. Saya yang tidak ambil lagi lesen CPR pun, disuruh doc utk compress bahagian dada pesakit tersebut.2 kali doc berusaha intubate, namun tidak berjaya. Terpaksa memanggil anesthatist. Dan akhirnya, intubation berjaya. CPR diteruskan. Namun, sudah disuratkan, nyawanya tidak dapat diselamatkan.

Saya mendengar suara tangisan keluarganya. Saya kira, 1 wad mendengarnya, kerana menurut Aishah yang berada di cubical paling belakang, dia turut mendengar raungan keluarga pesakit tersebut.

Tp, keluarga tersebut tidak dapat menerima hakikat kematian lelaki itu. Mereka mula menyalahkan staff nurse. Tp tuduhan mereka, tidak tepat.

Akhirnya, kami, student nurse yang menjadi mangsa. Kerana 20minit sebelum itu, sahabat saya, Asyikin, Ain dan Saidah mengelap (sponging) badan pesakit tersebut.

Mereka dipersalahkan...

Maka, turunlah Pengarah hospital, matron2 dan sister2.

Menjawablah kami.

Drp apa yang shbt2 saya jelaskan, saya yakin, kematian itu bukan punca mereka. Pernafasan pesakit itu disambungkan dengan BIPAP, tetapi mereka sedikitpun tidak membuka BIPAP tersebut, apatah lagi mengiringkan badan pesakit. Mereka hanya mengelap2 shj, supaya badan pesakit tetap terjaga kebersihannya walaupun tidak sedar.

Tp, kenapa mrk dipersalahkan?

nasib baik kami sudah belajar Grieving stage.

DABDA

D=deny
A=anger
B=blame
D=depressed
A=accept

Kami tahu, ketika itu, keluarga tersebut diperingkat Blame. dan kami hadapinya dengan tenang, kerana kami tahu, bukan salah kami...

Setiap yg bernyawa, pasti akan mati...tp bagaimana mahu memberitahu kepada keluarga cina tersebut?..

Inilah pengalaman yang amat bernilai...
~Anjeruby~

No comments:

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...