“Saya sedar saya tidaklah sehebat
Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing
saya”, kata seorang mahasiswi.
“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab
itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak
memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.
Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk
mendapatnya?
Semua sibuk mencari. Jika jumpa,
mudahkah untuk mengekalkannya?
Kita bertemu dengan pasangan hidup
semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung
labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah
seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh
suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia
mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah
kerana dia memang berubah.
Maka mampukah kebahagiaan dan
kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu
ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?
Kita mahu mencari pasangan hidup yang
soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna.
Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas
berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!
Jika bahagia dan sempurnanya
rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan
hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.
Maka jika mahu mendapatkan yang soleh,
kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang
solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang
solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.
Bertemu yang solehah, solehahnya dia
belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si
solehah dan si soleh adalah insan biasa.
Tetapi jika semua orang fokus kepada
JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan.
Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’
walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.
Apa yang nak dibimbangkan, kita
berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
6 comments:
salam. anje..ni entry 'org2 tua' ke? haha paham2 sndri haa maksud org2 tua tu k
salam...bukan tua ..tapi matang kan anje...=)..InsyaAllah.Smg Allah membantu setiap urusan anje dan shbt2 lain.
-manal
jaq...tgk, ada manal backup anje..lain kali jgn kutuk nje ek...nnt my mr.right marah
ye sy stuju.
xplu bimbang mcari
tapi bimbanglah pd dri sendri
Allah maha penyayang
dan janji nya pasti.
Allah berfirman dlm al-quran "laki yg baik utk prempuan yg baik
dan sbalik nya."
moga kita istiqamah dlm mbaiki dri
M'jadi..bkn m'cari..
Sy stuju..:)
"Dia mungkin akan diubah oleh
suasana kerja"
huhu..bile bc je ayat ni t'diam kejap.skrg tgh wat praktikal kat jabatn krajaan.nk jmpe pompan tdung labuh n b'jubah sgt2 lah susah.pki tdung tige segi besar pun dorg tgok pelik.xpelah..asalkan xnmpk pelik dsisi Allah..smg Allah sntiasa memelihara diri ini..
Post a Comment