Wednesday, May 06, 2009

Menyukai Hari ini


06/05/09

Hari ini hari kedua saya di POLIKLINIK MASYARAKAT BALOK, PAHANG.

Hari ini patut berada dalam blog saya kerana sy menyukai hari ini. Bukan kerana hari ini hari Rabu, esok cuti umum Pahang, dan bukan juga kerana tarikhnya.

Sy berada dlm bilik ke-3, di bahagian ANTINATAL(sblm melahirkan), POSTNATAL(selepas melahirkan) dan BAYI.Memang hari ini, agak sibuk. Bermula jam 8am, pesakit datang x henti2. Sehinggalah waktu rehat jam 1pm, masih lagi sibuk sehingga Ain datang mengambil order utk lunch. Rehat sehingga 2pm dan sambung bekerja sehingga 4pm. Pesakit ramai hari ini, sehingga terlebih 15 minit.

Banyak yg sy pelajari hari ini. Ilmu2 tentang pregnancy, penyusuan bayi, imunisasi bayi, sehinggalah kepada perancangan keluarga.

Saya kagum dgn Staff Nurse Noor Aidah, sangat baik dan sudi mengajar kami yg kosong ilmu ttg antinatal. Antara kerja saya hari ini ialah health education. Kadang2 rasa janggal utk bercakap mengenai kesihatan ketika mengandung dan penyusuan bayi kerana saya dan mate saya, Suriana, kami berdua masih lagi solo. Orang kata, tiada pengalaman apa2 lagi. Tetapi demi professionalisme, riak muka harus yakin ketika educate patient.

Ketika assess baby, ada 1 element, di mana sy perlu bertanya kepada ibu ttg perkembangan anak. Dan di sini, sy ingin attach NILAI PEMBESARAN DAN PERKEMBANGAN:

6 MINGGU:
  • mata tidak menumpukan pandangan
  • mata berkedip-kedip melihat cahaya
  • mata bergerak ke arah bunyi
  • menangis (abnormal jika tidak menangis)
  • senyum (bahagia melihat manusia baru tiba ke dunia ini tersenyum)
3 BULAN:
  • menegakkan kepala
  • belakang bongkok
  • kaki berketul (ada muscle)
  • mata mengikut benda bergerak
  • memusingkan kepala ke arah bunyi
  • merengek
  • merenung muka ibu (saat yg bahagia menjadi seorang ibu!)
  • menghisap jari
  • minat dgn keadaan sekeliling
6 BULAN:
  • kawalan kepala
  • duduk dengan pertolongan ibu
  • menelentang dan meniarap
  • menetapkan penglihatan kpd benda
  • cuba mencapai permainan
  • menentukan arah bunyi
  • bertutur "ba" "da"
  • menggenggam benda
  • melepaskan benda bila diberi yg lain
  • meradang (amboi...kecik2 dah tau marah)
  • ketawa
  • memilih makanan (dah pandai memilih pula..)
9 BULAN :
  • duduk sendiri
  • mula merangkak (stage mula membuas)
  • berdiri dgn pertolongan
  • mata mengikut benda jatuh
  • menyahut panggilan nama
  • meniru bunyi
  • menggunakan jari telunjuk
  • melambai2
  • bermain
  • patuh kepada perkataan "jangan"
1 TAHUN:
  • jalan mengengsot
  • berjalan dgn sebelah tangan dituntun
  • memadankan suara dgn orangnya
  • menggunakan 2-3 patah perkataan
  • pandai menggunakan ibu jari
  • mencampak benda
  • membantu ibu bila dipakaikan pakaian
  • beramah mesra
2 TAHUN:
  • pandai berjalan
  • berlari
  • mulai memanjat tangga
  • melihat spt org dewasa
  • faham perkataan senang
  • memahami arahan
  • berdikari
  • mengawal buang air besar @ kecil
  • mementingkan diri (eh eh eh)
Ketika pemeriksaan bayi, kita harus menggalakkan ibu supaya terlibat secara aktif seperti membuka baju bayi dan sebagainya supaya bonding between mother n baby terpelihara.

Dan, sepanjang bekerja hari ini, hati saya tidak lari drp mengingati besarnya jasa ibu. Membawa kita ke klinik dgn susah payah, menunggu giliran, dan banyak lagi.

Bila di inject imunisasi, berkemungkinan si anak akan demam. Balik rumah, perlu menjaga dan merawat pula si anak... Besar sungguh jasa mrk...Besar sungguh.

Dan hari ini menambahkan lagi minat saya yg sedia ada utk mengambil MIDWIFERY (perbidanan) ! =)
~Anjeruby~

3 comments:

Fitrie Muhammad said...

Antara hikmah tempoh susuan ibu adalah selama 2 tahun berdasarkan firman Allah adalah mendekatkan hubungan antara anak dan ibu.bahkan susu ibu adalah terbaik buat anaknya,bukannya susu awal lembu.

Mkin di sana pihak medical dah menyediakan medium terbaik utk mggalakkan penghasilan susu ibu selepas kelahiran yang ke2 dan seterusnya sambil mengekalkan ant penuaan fizikal.

wearelearningparents said...

ada, ada. insyAllah, akan post entry ttg breast feeding...bhgn kesihatan amat menggalakkan penyusuan ibu sbnrnya, bukan formula.

arazma said...

klu minat perbidanan ke, O&G ke, teruskan. masih ramai dr. lelaki dlm bidang ni... malu rasanya...

Thanks for coming!
Have a read, blogwalk and so on! =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...